4.12.15

Mewarna untuk mengurangkan stress.

Masa kita sekolah rendah, bila cikgu suruh mewarna.. kita semua akan excited.. kna? dulu-dulu siapa yang bawak kaler ada 24 jenis tu memang hebat... time tu semua kawan dengan dia.. hahahaha.. sebab nak meminjam.. tapi tak jugak cantik mana result nya nanti.. tapi tetap rasa puas hati bila tengok hasil warna tu.. berbunga hati bila cikgu bagi "bintang".. 

Baru-baru ni kawan saya ada share di facebook. "Colouring for adults".. kajian banyak menunjukkan, mewarna akan mengurangkan tahap stress bagi sesetengah orang.. dan akan membuatkan pemikiran itu tajam. tapi colouring sheet untuk dewasa more to complex..

contoh macam kat bawah..




see..
complex kan?
mungkin siapa yang suka seni rasa excited tengok sheet ni..
dan dapat gambaran warna apa yang cantik di gunakan..


Dikatakan juga, mewarna dapat menambahkan perasaan gembira dalam badan.. meaning, cas-cas positif akan di ransang.. mesti lah happy, lagi-lagi bila dapat mewarna dengan cantik.. kan?


cantik kan?
pandai dia kaler...


semua gambar sumber dari google


Coloring has been said to be able to help you achieve mindfulness, banish anxiety, and even deal with trauma. Some of the books explicitly label themselves as “art therapy.” - The Guardian

so, sesiapa yang tengah rasa stress tu why not try this method untuk mengurang kan nya? sekarang ni boleh je dapat free.. pergi google image -> print.. mewarna lah kau sampai ke esok.. jangan leka mewarna sampai lupa nak buat kerja yang hakiki sudahlah yer..

jujurnya, saya tak minat seni.. masa sekolah dulu, saya bertambah stress bila subjek seni.. yelah, kau tengok orang kiri kanan kemain cantik lagi lukisan nya.. saya punya? setakat lukis matahari tu lepas laa.. yang lain.. hahahahaha.. selalu bawak balik rumah bagi adik saya yang kedua buatkan.. sebab dia suka benda yang macam tu..

ni, bila tengok benda macam ni.. tiba-tiba rasa macam.. nak mewarna jugak laaaa... 
mana tahu dah pandai bermain dengan kaler.. heee~~
siapa ada anak tu, pinjam je pensil warna dorang.. buat permulaan.. :)

Tiada ulasan: