29.1.16

Resepi Kek Coklat Kukus Simple

Saya dah lama teringin nak makan kek coklat moist....
tapi bila jumpa kat kedai tak keinginan nak beli... ntah apa-apa lah kan?
nak tak nak buat sendiri je lah... kebetulan last week saya bukak almari adik saya..
ada hadiah kahwin periuk kukus elektrik.. elok je terletak cantik..
saya terus tanya dia.. kak long nak guna boleh tak? dia pon okay...

bahan-bahan asas untuk kek coklat memang selalu ada kat rumah..
tapi takde barang-barang yang fancy lah... betul-betul asas..
contoh susu cair bukan susu full cream...
tepung gandum je ada takde tepung naik sendiri..
benda-benda macam tu lah...

dengan perasaan membuak-buak..
kita pun terus mengadun adunan kek coklat..
selalu saya bakar je.. kali ni eksaited nak mengukus.. hahahaha..
rasmikan periuk orang...


kebetulan kat rumah memang ada tupperware kecik-kecik tu...

ni togel lagi..

Resepi Kek Coklat Moist Mudah

Bahan A

1 cawan tepung
1 sudu kecil soda bikarbinat
1 sudu kecil serbuk penaik
secubit garam

Bahan B 
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan A dan ayak.
Pukul telur dengan esen vanila. Pukul guna garfu je. Pukul sampai ada buih-buih kecik.
Bahan C di satukan dalam periuk. kacau dulu semua sampai sebati. Kemudian panaskan adunan atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan tiada berbintil ye. Kira batter ni smooth je. Panas kan suam-suam je. Tak payah sampai menggelegak pun.
Campurkan Bahan A dalam kedalam Bahan C. Sebatikan. Kemudian masukkan Bahan B.

Kacau adunan hingga sebati.  Tapiskan adunan. Cara ni dapat mengelakkan tepung bergumpal. 

Panaskan periuk kukus. Tunggu sampai air mendidih ye. Kalau adunan kecik macam saya buat tu dalam 10 minit je. kalau 1 loyang mungkin amik masa dalam 30 - 45 minit. Jangan lupa balut tutup periuk dengan kain bagi mengelakkan wap air jatuh dalam adunan. 


yang ni da siap make up..
hee~~

cara saya buat topping kali ni..
tak timbang atau tak de ukuran..
maaf sangat yer..

saya guna whipping krim dan coklat milk compound beryls. 
whipping krim tu dalam 2 cawan. coklat tu saya agak-agak je. tengok kaler cair, saya masukkan lagi.
bila dah cair dah sebati, tutup api.
lepas tu masukkan marjerin dalam 1 sudu makan.

dah agak-agak suam curah je atas kek .
yang putih tu coklat chip.
dah nak expired.. hahahahaha..
sebab lama tak mem baking kan..
lepas tu parut coklat sikit.. 

Kek Coklat Moist ni elok di makan pada keesokkan hari.. baru terasa lembut dia.. 
baru rasa lah kesedapan dia..

tapi topping saya buat ni kalau simpan dia mcm mengeras.. takdelah mengeras sampai tak boleh makan.. 

saya suka topping meleleh-leleh.. baru feel makan..





1 ulasan:

alya_chan berkata...

wah, senang juga ya. sedapnyaaa... :D