18.2.16

Resepi Kuah Laksa Sardin Tin.

Hari Ahad lepas office-mate saya upload gambar makan laksa dan cendol... memang terliur habis tengok gambar dia... malam tu pulak lagi seorang office-mate upload gambar laksa yang dia masak.. apa lagi... terus macam cacing kepanasan lah saya.. hahahaha.. well, laksa is one of my favourite food..

ingat lagi masa saya duduk dengan arwah nenek saya.. tiap kali dia masak laksa, mesti seperiuk besar.. saya makan berulang ulang walaupun sebenarnya perut dah sengkak.. tak de bahan-bahan lain pun tak pe.. janji kuahnya pekat.. arwah nenek masak kuah laksa kaler merah tu.. bukan hitam gelap je.. selalu kalau beli kat luar mesti dapat yang kuah pekat kaler hitam.. katanya guna ikan sardin... tak tahu lah betul ke tak..

sebabkan saya teringin nak makan laksa.. kena lah buat sendiri.. nak pergi beli balik kerja tak sempat menyinggah.. nak masak kuah laksa lepas balik kerja memerlukan kesabaran yang tinggi.. dengan nak siang ikan, merebus, carik-carik isi ikan, blender isi ikan.. fuhhhhhhh... banyak kerja weh.. lap dahi bila fikirkan.. balik kerja dah lah penat...

saya terus teringat resepi kuah laksa dari sardin tin.. mula-mula was was jugak.. tapi kalau tak cuba mana nak tau rasanya kan? so, balik kerja semalam gigih ke pasar malam seksyen 7, shah alam.. sebab nak cari bahan-bahan sampingan laksa... paling saya cari bunga kantan dan daun kesum.. kalau dua dua ni takde.. cancel nak buat laksa... melilau cari.. nampak daun kesum je dekat orang jual sayur tu.. lepas tu tengok pakcik yang jual sayur kampung... yesss! ada bunga kantan.. walaupun kemuncup je bunga nya.. bolehlah, janji ada... 

Tapi yang frustnya.. laksa tu ada jenis yang halus je kat 99 Speedmart.. nak tak nak beli je lah... kang kuah dah ada.. bahan sampingan dah ada.. laksa nya tak de..

Resepi Kuah Laksa Cepat dan Sedap

1 tin sardin jenama King
1 biji bawang besar holland
1 biji bawang besar merah
sedikit belacan ; saya letak betul-betul sikit. janji ada kata org
2 batang bunga kantan
4 batang serai
6 keping asam keping
sedikit cili kering blender


Cara-cara :

Blender sardin (termasuk sos), bawang dan belacan. saya potong kecik-kecik bawang tu. supaya tak makan masa yang lama masa blender tu. kalau boleh taknak sardin tu hancur macam bubur. ada serpih-serpih ikan sikit. 


semalam cili blender habis..
so, saya blender cili bersama bawang dan belacan dulu..
bila dah hancur baru masukkan sardin tu..

masukkan dalam periuk kesemua bahan-bahan yang lain. masukkan cili banyak mana korang nak. jangan banyak sangat. kang rasa cili je. lepas tu masukkan air ikut kepekatan kuah yang korang nak. reneh dalam 40 minit macam tu. perasakan. siap!

bagi saya guna api slow lagi best. sebab isi ikan tu memekat. 

senang kan?





nikmat nya!!

jemput makan..

:)


1 ulasan:

Lynndamya berkata...

Salam, wahhh! Baru ni, sy tak pernah dgr pulak buat kuah laksa campur ikan sardin tin siap haa...boleh try ni sbb sy suka sardin, and tgk gaye mcm mudah! hehe thanx for sharing this! ;D