25
May 2016
Genap
5 bulan jadi tunangan orang.. tapi takde apa yang beza pun.. ikatan ni pada
saya platform untuk buat persiapan majlis perkahwinan.. dan ikatan ni tanda
selamat untuk keluar bersama dengan tunang saya.. yelah, kot kalau takde ikatan
kau keluar sama-sama sekali kena sound dengan perempuan lain, kat mana nak
letak muka…
Selalu
kita dengar orang cakap dugaan bertunang ni dahsyat.. boleh dikatakan majority
lah cakap macam ni..
Kalau
tanya saya.. so far alhamdulillah.. takde apa pun yang dahsyat.. kalau tanya
tunang saya tak tahu lah kot jawapan dia lain.. hahahaha
Pada
saya dugaan bertunang setakat ni lebih kepada diri saya.. ada masa saya rasa
menyampah sangat kat dia.. padahal dia tak buat apa pun.. kahkahkahkah~~~ kalau
perasaan macam ni datang.. mula lah rasa
kenapa aku bertunang dengan dia ni?? Mulalah nak fikir negative memanjang.. Perempuan
dan emosi berpisah tiada..
“bila bertunang kau akan nampak orang lain lebih baik dari tunang kau”
Siapa
pernah dengar ayat ni? Macam saya bila dah buat keputusan nak bertunang dulu..
secara automatic saya memperlahankan aktiviti social saya… maksudnya aktiviti
dengan kawan-kawan lelaki.. saya takde lah kawan dengan ramai lelaki.. tapi
saya berkawan rapat dengan mereka.. dan mereka pun memang tak tahu menahu
langsung saya nak bertunang… hingga lah hari kejadian tersebut.. tu pun sebab
kawan-kawan tagging kat fb.. sy pun pergi approve tag mereka.. hahaha..
actually I don’t have any idea how to tell my friends, especially kawan
lelaki..
Jadi
ayat kat atas tu alhamdulillah tak jadi kat saya.. setakat ni lah.. and I hope
for the rest of my life.. insyaAllah
Dan
kawan saya bagi tips untuk melindungi hubungan dari b.. dari sebelum kahwin ni kena doa..
“Ya Allah, jodohkan lah aku dengan dia (nama) sehingga ke syurga, pelihara lah perhubungan kami dari segala perkara yang tak elok dan tetapkanlah hati kami untuk satu sama lain..”
Sebab
doa ni senjata kita.. hati kita Allah yang pegang, jadi minta pada DIA untuk
jagakan semuanya.
Beringat
sebelum kena..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan