9.1.10

.:tak semua perkataan mampu diluahkan:.

hidup memang perlukan teman..lagi-lagi kita ni manusia yang hidup dalam kelompok masyarakat yang sangat aktif..monyet di hutan pun hidup berkumpulan..takkan kita pula nak hidup bersendirian..

namun kadang kala aku suka bersendirian tanpa mengeluarkan sebarang perkataan..aku lebih senang begitu..walaupun pada hakikatnya aku ni dilahirkan dengan mulut yang pot pet pot pet 24 jam..tapi ada masanya aku suka berdiamkan diri..aku diam sebab mahu mendengar sahaja apa orang berbicara..aku diam sebab menahan mulut dari mengeluarkan perkataan yang membocorkan rahsia yang aku simpan..al-maklumlah..kadang-kadang tu terlepas cakap..bak kata pepatah, terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata x boleh sedut balik! pepatah melayu ni aku failed sikit..hehehehe..bila aku dah terlampau marah pun aku akan berdiam diri..haa..yang ni mylurve selalu perasan..tapi kadang-kadang tu..aku diam dengan die bukan sebab marah..tapi sebab penat nak bercakap..hehehehe  ..kena kumpul tenaga balik untuk bercakap tanpa henti..sebab kalau jumpa dia mesti nak bercakap je..macam tak jumpa noktah tu..

bila aku dilanda masalah..kadang-kadang aku tak tahu nak meluahkan pada siapa..sebab teman aku hanya ade beberapa je..kawan je ramai..tapi bile nak meluahkan tu pulak..mulut aku ni bagai terkunci..tak tahu bagaimana nak memulakan bicara hati..hati aku ni macam dah berat je aku rasa..sebab macam-macam aku simpan..memang aku nak buang..nak delete permanent semua benda sampah sarap tu..tapi tak boleh nak delete..tak boleh nak buang dari kotak hati ni..

mylurve selalu cakap..luahkan je bila ada masalah..tapi aku tak tahu macam mana nak luahkan..sebab..air mata akan bergenang dulu sebelum mulut meluahkan segalanya..haa…bila airmata dan percakapan bersatu..agak-agak korang macam mana lah rupanya..bercakap pun bukannya orang paham..yang orang paham teresak-esak je..

sudahnya, aku menulis sahaja..aku suka menulis..tapi tak tahu apa aku tulis time tu..lepas dah menulis sambil menangis..aku akan jadi tenang je..jiwa aku puas..even masalah tak selesai lagi..tapi jiwa aku memang puas..perasaan menjadi tenang..

**apa aku mengarut ni?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mengarut?

mungkin jugak..tapi lepaskan diblog pun ok jugak..!

Adila Ady berkata...

ooo..tengah nangis la ek masa tulis entry ni..

hurm...sabar2.

kita serupa..kadang2 walopun ramai kawan..tak semua boleh dikongsi kan..tu tak termasuk kawan yang mulut tempayan..wajib kena penyepak..

eh..lebih2 plak..

setiap y berlaku ada hikmhnya..

Cik Siti Hajar berkata...

Uruchimaru @ kf
mungkin salah satu alternatif..lepaskan d blog..

dila
kwn mmg ramai..teman yg kurang..kan??

Unknown berkata...

sekali sekala mengarit takpe... :D

Unknown berkata...

mengarut la..silappp

ainasuhana berkata...

len kali nak nanges ckp ngan aku..
hehehe..
t aku tisu