19.8.10

coret-coret puasa...

siapa yang dapat puasa penuh?? semestinya jawapan dia kaum lelaki.. tapi.. kalau korang kerja kedai makan atau fast food restaurant macam saya ni.. korang leh tengok muka-muka lelaki yang tak tahu yang tak berpuasa... ramai sangat kot lelaki yang tak berpuasa setiap hari...

pada kakak-kakak, makcik-makcik yang tak boleh berpuasa tu.. janganlah makan di khalayak ramai.. segan saya nak menegur anda.. sebab memang jadi kesalahan makan di khalayak ramai pada bulan ramadhan ye.. anda boleh didenda...

pada lelaki pulak.. tolonglah puasa penuh.. kalau tak puasa.. tak payahlah beli makanan di luar.. masak kat rumah ok! di Mcd ni.. ramai je kawan lelaki yang tak puasa.. siap pergi lunch kat luar lagi.. geleng kepala saya dengar pergi lunch tu.. ada kedai melayu yang bukak kata mereka.. tapi tak tahu lah betul melayu ke.. mamak ke..

tiap tahun.. makin ramai pulak tak puasa... 

sembahyang pun tak penuh.. takkan puasa pun tak nak buat???

5 ulasan:

Faarihin berkata...

salam..

dasatnya dia orang. tak ada rasa malu ke bila tak berpuasa ni..

jeBateja berkata...

Alamak...ada ke org tak taw malu beli kat fast food restoren.....uikkk...depa ni hati apa erk...

Siti Fatimah Nabihah berkata...

hmm.. diorg mkn kt tmpt tu ker? ish2.. apa ni.. puasa ja pon.. ssh sgt ker? hoho

ezzu berkata...

x cuba nasihat ke.....
kalu bleh cuba lh nsihat....
maybe diorg bleh terima kot.....

twinkle twinkle berkata...

manusia skrg ramai xtkot dosa sbb itu la mls nk puasee