12.1.12

Lelaki, Cinta dan Kerjaya.

Ada lagi ke perempuan yang hanya mementingkan kasih sayang dan juga cinta sahaja? Mungkin ada perempuan yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.. Boleh ke hidup bahagia tanpa duit? Saya bukan perempuan mata duitan.. saya sendiri ada duit yang boleh saya gunakan untuk hidup saya. Tapi sekarang ni kita hidup memerlukan duit. Tak perlu bermewah-mewah cukup sekadar boleh makan ada tempat tinggal kan?

Tetapi jika untuk berkahwin, saya prefer lelaki yang mempunyai pekerjaan tetap dan sekurang-kurangnya pendapatan yang diperolehi boleh menaggung makan minum saya. Perkahwinan memang sebuah perkongsian hidup. Jika suami kita susah kita akan membantu.. dan sebagai isteri tidaklah meminta berlebihan cukup sekadar mempunyai rumah untuk berteduh dan ada makan minum yang mencukupi.

saya ada bertanya kepada kawan saya yang sudah berkahwin, bagaimana dia membina kehidupan sebab masing-masing baru bekerja. Dan jawapan yang diberikan sebab suami mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap dan gajinya boleh menanggung dia..tapi as usual ada benda yang kita kena sharelah bayar like sewa rumah, bil-bil dan jugak in term of nak beli asset.

"Jika lelaki benar2 mencintai , cinta itu yg akan gerakkannya utk cari harta dan kerja utk bina kebahagiaan bersama org yg dicintainya."- PMJ


Saya terjumpa ayat di atas.. benarlah kata orang, jika lelaki itu mencintai kita, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan sebuah kebahagiaan. Selalunya lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga adalah lelaki yang matang dalam pemikiran. Jadi jangan terllau ikutkan sangat rasa cinta sebab kelak kita binasa. Apatah lagi untuk berkahwin dan seterusnya kita akan mempunyai anak. Bukan kita minta untuk bercerai tapi masa akan datang kita tak tahu bagaimana nasib kita.


Moga saya berjumpa lelaki seperti ayat diatas...insya'allah:)

4 ulasan:

Aishah Jahirah berkata...

yelah....setuju sgt..sekurang2nya biarlah lelaki tu mampu sara hidup sendiri dan hidup isteri serta ank2.kalau lelaki yg bertanggungjawab dia akan pastikan keperluan asas keluarga terjaga....insyaallah moga jumpa jodoh yang terbaik...;)

miszgarfien berkata...

Insyaallah...pasti ada jodoh yang terbaik buat kamu....

butterfly berkata...

Aishah Jahirah : Insya'allah.. semua wanita mendambakan lelaki yang macam tu kan?

butterfly berkata...

miszgarfien : harap2nya begitulah..(: