30.4.12

Resepi Makaroni Goreng Basah dan juga Sup Gear Box.


Selamat hari Isnin  semua ^^…

Hari ni masih berpuasa ganti.. melunaskan hutang terhadap yang Maha Esa. Pagi tadi keluar rumah seperti biasa tetapi ajaibnya sampai ofis awal.. I guess sebab ramai sambung cutikan? Sebab tu lah jalan celan and clear..

Today is the last day of April in 2012.. April, you did gave me a great moments in my life. Thanks a lot. However, you still can’t find my future husband..:’) Now, I’m hoping on May.. Good Bye April, hope we will meet again next year.. insya’allah..


Semalam saya pergi cuci mata di Pasar Tani Shah Alam. I’m very sure ramai yang tahu kan pasar ni.. selepas setahun tak menjengah di sini.. bila datang, fuhhhh.. rambang mata.. lucky, nafsu membeli tu dpaat bertahan.. ingat nak breakfast nasi kerabu kat situ.. nampak mengiurkan.. tapi full lah semua gerai.. jalan2, nampak orang makan sup gear box!.. nak jugak… tapi bila fikir-fikirkan, habislah hilang ayu makan gear box kat luar…tapi saya memang minat habislah kat sup gear box tu… 


 sumber google..
mengancamkan???

Lepas bakar lemak selama lebih kurang 2jam kat sana.. dan hanya beli air soya beserta Somtam sahaja.. maka pulanglah saya ke rumah.. niat nak pergi mandikan kekanda ku Mr.Myvi.. tapi semua car wash penuh je.. tak dapatlah nak mandikan kekanda.. mungkin hari ni.. kesian kat dia, dah 2 weeks tak mandi.. busuk!


Sampai rumah masak simple je for family.. Makaroni Goreng Basah.. first time buat masak macam ni.. sebab my family prefer spaghetti je all the time.. saya yang teringin bebenau nak amkan macaroni.. disebabkan saya tukang masak, jadi ikut tekak saya lah kan? Hehehe…


Resepi Makaroni Goreng Basah.

300g Makaroni 
3 ulas bawang putih -> di tumbuk lumat
1 biji bawang merah -> di tumbuk lumat
4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Setengah cawan air
1 ikat sawi
Sotong
Crab stick secukup nya
5 biji cili padi -> di ketuk 
Sedikit serbuk perasa


Cara-caranya:

  1. Maroni di rebus sehingga kembang. Bila dah toskan air dia, ambil sedikit marjerin @ butter @ minyak gaul rata dengan makaroni.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili kering yang di kisar tu. Perlahankan api, kacau sehingga cili tersebut garing dan masukkan sotong.
  3. Masukkan air, sos cili dan soso tiram. Bila sotong dah kecut, masukkan air dan juga kicap. yang ni agak-agaklah gelap mana makaroni yang korang nak.
  4. masukkan sedikit serbuk perasa dan juga garam kalau tak cukup masin. Rasa dulu ye! Masukkan makaroni dan crabstick tu. 
  5. Akhir sekali masukkan sawi. Agak-agak sawi dah layu, masukkan cili padi kalau nak pedas tambah lebih ye.
  6. Kalau rasa kering, boleh je tambah sedikit air. 
  7. Siap!

 note: kalau guna kicap pekat, memadai hanya 2 sudu besar je.  Kalau guna kicap masin, you all kena tambahkan gula sedikit dalam masakan ni, sebab nak mengimbang rasa. Kalau suka boleh tambah taugeh.



meriah dengan bawang goreng sebab saya peminat tegar bawang goreng!

5 ulasan:

dhiera zainudin berkata...

menyelerakan.. terus rasa lapa!

Cik Diana berkata...

lapanya! sup panas. yummy! huhu

Azhafizah MN berkata...

memang rambang mata kalau pg pasar tani shah alam tu..orang pun kemain ramai lagi.wahh sedapnya macaroni goreng basah tu..nak sikit boleh?:p

Cik Siti Hajar berkata...

dhiera : kalau makan panas2 mmg sedap..


Cik Diana : sup panas mmg selalu bets kan?

Cik Siti Hajar berkata...

Azhafizah[フィザ] : mmg rambang mata dan $$$ pon berkurangan...