Selamat
hari Isnin semua ^^…
Hari
ni masih berpuasa ganti.. melunaskan hutang terhadap yang Maha Esa. Pagi tadi
keluar rumah seperti biasa tetapi ajaibnya sampai ofis awal.. I guess sebab
ramai sambung cutikan? Sebab tu lah jalan celan and clear..
Today
is the last day of April in 2012.. April, you did gave me a great moments in my
life. Thanks a lot. However, you still can’t find my future husband..:’) Now, I’m
hoping on May.. Good Bye April, hope we will meet again next year.. insya’allah..
Semalam
saya pergi cuci mata di Pasar Tani Shah Alam. I’m very sure ramai yang tahu kan
pasar ni.. selepas setahun tak menjengah di sini.. bila datang, fuhhhh..
rambang mata.. lucky, nafsu membeli tu dpaat bertahan.. ingat nak breakfast
nasi kerabu kat situ.. nampak mengiurkan.. tapi full lah semua gerai.. jalan2,
nampak orang makan sup gear box!.. nak jugak… tapi bila fikir-fikirkan,
habislah hilang ayu makan gear box kat luar…tapi saya memang minat habislah
kat sup gear box tu…
sumber google..
mengancamkan???
Lepas
bakar lemak selama lebih kurang 2jam kat sana.. dan hanya beli air soya beserta Somtam sahaja.. maka pulanglah saya ke rumah..
niat nak pergi mandikan kekanda ku Mr.Myvi.. tapi semua car wash penuh je.. tak
dapatlah nak mandikan kekanda.. mungkin hari ni.. kesian kat dia, dah 2 weeks
tak mandi.. busuk!
Sampai
rumah masak simple je for family.. Makaroni Goreng Basah.. first time buat
masak macam ni.. sebab my family prefer spaghetti je all the time.. saya yang
teringin bebenau nak amkan macaroni.. disebabkan saya tukang masak, jadi ikut
tekak saya lah kan? Hehehe…
Resepi Makaroni Goreng Basah.
300g Makaroni
3 ulas bawang putih -> di tumbuk lumat
1 biji bawang merah -> di tumbuk lumat
4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Setengah cawan air
1 ikat sawi
Sotong
Crab stick secukup nya
5 biji cili padi -> di ketuk
Sedikit serbuk perasa
Cara-caranya:
- Maroni di rebus sehingga kembang. Bila dah toskan air dia, ambil sedikit marjerin @ butter @ minyak gaul rata dengan makaroni.
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili kering yang di kisar tu. Perlahankan api, kacau sehingga cili tersebut garing dan masukkan sotong.
- Masukkan air, sos cili dan soso tiram. Bila sotong dah kecut, masukkan air dan juga kicap. yang ni agak-agaklah gelap mana makaroni yang korang nak.
- masukkan sedikit serbuk perasa dan juga garam kalau tak cukup masin. Rasa dulu ye! Masukkan makaroni dan crabstick tu.
- Akhir sekali masukkan sawi. Agak-agak sawi dah layu, masukkan cili padi kalau nak pedas tambah lebih ye.
- Kalau rasa kering, boleh je tambah sedikit air.
- Siap!
note: kalau guna kicap pekat, memadai hanya 2 sudu besar je. Kalau guna kicap masin, you all kena tambahkan gula sedikit dalam masakan ni, sebab nak mengimbang rasa. Kalau suka boleh tambah taugeh.
meriah dengan bawang goreng sebab saya peminat tegar bawang goreng!
5 ulasan:
menyelerakan.. terus rasa lapa!
lapanya! sup panas. yummy! huhu
memang rambang mata kalau pg pasar tani shah alam tu..orang pun kemain ramai lagi.wahh sedapnya macaroni goreng basah tu..nak sikit boleh?:p
dhiera : kalau makan panas2 mmg sedap..
Cik Diana : sup panas mmg selalu bets kan?
Azhafizah[フィザ] : mmg rambang mata dan $$$ pon berkurangan...
Catat Ulasan