copypaste from FB
Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu
dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar
ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang
mengandung ke klinik setiap bulan. - takde keta pon xpe.. sebab saya dah ade keta.. janji ada motor.. :)
4. Lulus ujian fardhu ‘ain
sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar
isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat
“Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu
kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.- kena pastikan sebelah rumah takde awek cun!
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk. - biar berbeza tapi memahami.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.- haruslah sopan santun dan tertib.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. - hurmm..biarlah ada pelajaran, senang nak didik anak-anak..
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan
manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia
mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz
Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di
masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14.
Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri
dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai
pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)
17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam,
ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak
masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang
pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji
tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe. - masak untuk lepas perut die je pon takpe.
18. Rajin.
Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah,
sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan
isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan
tetamu. - ni wajib ade! kang siapa nak tolong jaga anak?
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de
la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan
tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi
depan manusia je.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak
tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila
kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”
21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.
2 ulasan:
hihihi
perfect dah tuuuuu
perghh banyak nye =.=
Catat Ulasan