22.5.12

Resepi Masak Lemak Cili Kering Ayam.

biasanya weekend saya memang akan masak untuk family.. sebab weekdays adik atau ibu yang masak.. ala, kekadang pun balik kerja saya kena masak.. adik beradik saya semuanya memang tau masak, tapi rasa tu agak kurang lah.. kira juara masak kat rumah saya lah orangnya.. adik nombor dua memang chef, tapi dia kalau nak amsak ikut mood je, takpon dia masak western je... rasanya, tanya mana-mana chef pon, memang jarang masak kat rumah kan?

so, minggu lepas ari ahad saya masak lemak ayam. tapi kali ni berbeza sikit, bukan masak lemak cili padi tapi masak lemak cili kering..




Resepi Masak Lemak Cili Kering Ayam.


Bahan-bahan
  • ½  ekor ayam, dipotong ikut suka
  • 250ml santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa
  • 1 sudu kecil gula
  • asam keping
  • minyak secukupnya
  • Bahan untuk dikisar
  • 5 batang cili padi merah à nak pedas tambah lagi
  • 20 batang cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup à kalau takde guna serbuk kunyit
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Kalau boleh minyak tu jgn lebih-lebih ye. Masukkan bahan yang telah dikisar Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
  2. Masukkan santan dan air, gunakan api yang kecil.  Masukkan ayam sekali beserta dengan sedikit garam. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Kena kacau selalu bagi menggelakkan kuah pecah minyak.
  3.  Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan asam keping dan juga tomato. Asam keping memadai letak sekeping sahaja. Masukkan serbuk perasa dan gula. Kena rasa garam dia dulu kalau nak tambah, sebab tadi dah masukkan garam.
  4. Lepas tomato sedikit layu, tutupkan api dan hidangkan. Siap!

Memang lain rasa dari masak lemak yang selalu... try lah!

3 ulasan:

LuVidA^^ berkata...

yummy! nmpk sdp

Mek Onie berkata...

wahhhhhhhhhhhhh! tq.... :D

dhiera zainudin berkata...

nampak sedap~ sikit boleh?