27.6.12

Jodoh itu akan tiba tepat pada masanya.

Kata-kata nasihat seorang teman kepada saya..
“Usia muda ni kita ada 2 rezeki besar, satu berkahwin muda dan satu mungkin kerjaya. Cuba lihat balik mereka yang kahwin muda. Kebanyakkannya belum ada tapak karier lagi, meaning baru mula bekerja. Dan mereka berkahwin keluarga yang banyak support. Bagi mereka yang muda-muda dah ada kerja bagus, jarang kahwin awal sebab mereka lebih menumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka..”
Itu kata-kata dari seorang teman saya bila saya bangkitkan isu jodoh..
Ada benarnya.. mungkin ada juga yang ada kerja dalam usia muda dan berkahwin awal.. itu rezeki mereka.. tapi tak ramai yang dapat rezeki macam tu.. perancangan Allah ni teratur sebenarnya.. Cuma kita sebagai manusia ada sifat tak sabar dan tidak berusaha.. nak kahwin bukan senang, sebab bila kita berkahwin kita menyempurnakan sebahagian daripada agama kita.. **correct me if I'm wrong** yang boleh kita buat sekarang berusaha,berdoa dan bertawakal..


sumber : google >rujuk watermark<

Saya sendiri kalau ada orang ajak kahwin sekarang, mana ada duit.. dan my parents awal-awal dah beritahu yang mereka tak mampu nak sumbang dalam majlis saya dan adik-adik.. sebab kalau mereka support majlis saya, sudah tentu kesemua adik beradik perlu support, lagi-lagi adik-beradik saya semuanya perempuan.. kalau yang bongsu tu kahwin nanti, siapa pula yang mahu support sebab makayah saya dah tak kerja kan… tapi takpe, kalau betul sudah sampai masanya nanti akan ada rezeki dari Allah.. 


Syukur saat ni saya ada kerja tetap dan karrier saya dah ada tapak.. saya tahu, tak ramai umur 23 macam saya dah ada job yang bagus.. syukur, Alhamdulillah..:)


Buat kamu bakal-suamiku,
Aku sabar menunggu kamu disini,
Percaya dengan takdir Allah, insya'allah kita akan dipertemukan.
Bakal-isterimu.

2 ulasan:

dhiera zainudin berkata...

saya merancang nak kawen masa kerjaya belum stabil dan insyaallah, masa kawen nt dh cukup stabil~

Cik Siti Hajar berkata...

insya'allah....

saya doakan yang terbaik untuk anda...:)