21.6.12

MLM = kenapa masih ada yang berminat????

Semalam hari yang memenatkan bagi saya.. Takde rancangan pun nak keluar jumpa kawan-kawan.. Semalam kena buat kerja kat luar dari ofis.. so, dapat balik rumah awal sikit dari selalunya lah.. after that take a nap for a while sebab panas sangat..kepala jadi skait.. bangun tidur memang rancnag nak pergi Meru, rumah Aina..nak tempah baju.. sekali bangun je tidur kawan call.. suruh datang kedai dia.. saya pun pergilah..
Sebelum keluar rumah tu tengok atas meja ada lauk siput masak lemak cili padi.. sumpah terliur.. sekali pegi dapur, nasi takde pulak.. suruh my sister masak dengan harapan balik karang nak makanlah..
Pergi seksyen 7, jumpa kawan tu.. borak-borak smabil bincang masa depan sikit..ada urusan in future dengan beliau.. tengok jam.. nak abis maghrib dah…lari timing dah ni.. pergilah rush rumah Aina pulak kan.. dalam perjalanan, ada kawan lama call…ajak pergi event kat Wangsamaju.. saya dah berkira-kira tak mahu pergi.. jauh laa.. memang lah sejam.. tapi sebab dah lewat nak pergi..kang balik pukul berapa pulak kan? Dia duk pujuk.. saya pun, setujulah.. nak jaga hati kawan sebenarnya....
Saya tanya event apa..dia cakap nanti kau tau lah.. pergi je.. okay, tak banyak soal dah.. tapi dalam hati duk risau.. sebab pakai selebet je kot.. jeans,t-shirt dan selipar.. tudung pun pakai tudung ekspress tu..Muka of coz macam mayat hidup je..
Dah sampai Wangsamaju, masuk  bilik macam dengar ceramah..masa saya masuk tu, dah mula dah ceramah tu.. bukan ceramah apa… macam motivasi laa.. dengar dengar dan dengar lagi….DANGgg!!!! MLM program laa wei… adoiyai… saya memang tak suka langsung masuk direct selling or aktiviti MLM macam ni… memang masa tu dah gelisah bagai.. diaorang siap welcoming saya dalam event tersebut..macam saya ni terus jadi ahli laa.. haishh.. tengok jam.. mak aii.. pukul 11.35 malam dah.. aduss.. macam mana ni… esok kena kerja laa.. bangun pagi..
Tak tahu nak cakap macam mana nak balik..sebab naik kereta kawan tu.. memang menyesal tak sudah… saya kalau tumpang kereta orang ni.. memang lain sikit.. bukan apa.. sometimes kita memang nak minta diri nak balik kan.. tapi memikirkan datang dengan orang.. kenalah balik pun dengan dia.. dan.. kadang-kadang..kita takmo balik lagi.. tapi tuan punya kereta nak balik dah..so, kenalah jugak angkat punggung…
Saya hairan sesangat.. yang join tu ramai yang educated.. dorang ni tak baca paper ke? Tak de dengar ke cerita MLM ni.. takpelah.. masing-maisng ada opinion masing-masing kan.. tapi for me.. sorry, memang langsung tak berminat… dalam kereta kawan saya tanya.. macam mana? Saya just said.. sorry, memang langsung tak berminat dengan semua ni…
End up sampai rumah pukul 2 pagi.. amek kaw! Tengok siput masak lemak tadi pun tak berselera dah.. dalam otak Cuma fikir.. tidur…!

1 ulasan:

sarah mohamad berkata...

Huihh yelah datang dengan kawan ke at least kena la jaga hati. erm erm saya pun terpikir apesal lah diorang ni suka join mlm padahal dah terang tang tang lagi benda tu bukan boleh bwk kaya. Mana ada orang nak bg duit free2 kalau kita tak usaha.