12.7.12

Bergaya dengan baju raya rekaan pereka terkenal.

pejam celik pejam celik, tinggal lagi beberapa hari je nak berpuasa kan??? tahun ni macam cepat sangat berlalu... masa begitu pantas bergerak meninggalkan kita di belakang...

walaupun lagi beberapa hari baru nak start puasa, tapi!!! tailor-tailor ramai dah tutup tempahan untuk baju dan langsir baju raya... for me, memang every year beli siap punya.. dah lama tak merasa nak suruh tailor jahit.. ingatkan tahun ni nak hantar pada tailor... tapi, disebabkan kekangan masa dan juga $$$.. terpaksa juga membeli baju already made...

tapi tahun ni, bolehlah beraya dengan glamour... sebab baju design Rizalman Ibrahim ada jual dengan harga berpatutan di Tesco!! antara harga RM180 - RMM250 sahaja.... hermm hermm.. RM100 duit saya, RM100 lagi mintak ibu boleh tak???



sumber : google

inilah baju raya yang direka khas untuk raya tahun ni...

saya dah aim mana satu nak beli.. hikhik:p


Bagi anda yang ingin dapatkan koleksi ini bolehlah berkunjung ke cawangan Tecso Ampang, Mutiara Damansara, Kota Bahru, Paradigm Mall, Seremban 2, Desa Tebrau, Tanjung Pinang, Melaka, Shah Alam, Station 18, Puchong, Taiping, Seri Alam, Kepong, Penang, Kajang, Setia Alam, SP Selatan, Mergong, and Nilai. - sumber Oh Bulan.

yang saya bold tu tempat yang bakal saya kunjungi... :)

4 ulasan:

*zafirah* berkata...

wah,nak kena cari kat tesco ni.hihi..btw,fira dah follow sini,jemput la singgah di blog fira dan share pndapat:)

LiYa HaNiF :: berkata...

setia alam paling dekat dgn umah... harus pergi ni. ^_^

Cik Siti Hajar berkata...

*zafirah* : mari ramai-ramai terjah Tesco.. hihihi.. thanks drop comment...

Cik Siti Hajar berkata...

LiYa HaNiF :: : duduk klang jugak ye???