Assalammualaikum!!
Selamat
pagi Isnin. Minggu terakhir di bulan September dan jugak minggu ni minggu
bergaji… hehehehe…=] lama menunggu okey! Hari ni saya berpuasa sunat Isnin;
moga dipermudahkan segala urusan hari ni…:p
Weekend
minggu ni terisi sikit dengan dua aktiviti.. sabtu tu ajak Syaza pergi lawat
baby baru lahir.. kawan sekerja dulu..baby boy.. masa mak dia siapkan air mandi
untuk baby ni, baby tetibe melalak.. gelabah lak saya.. kakak tu tanya, asal
tak angkat? Takpe angkat je.. hihihi.. saya tak reti dan tak berani nak dukung
baby baru lahir.. kepala dia lembut lagi kan? ..tak reti pun iyea jugak! Hahaha..
mana ade pengalaman wei.. kalau nak dukung sepupu yang baru lahir tu.. ibu saya
bukannya bagi.. dia takut saya terganas kat baby tu.. huhu.. Syaza je lah yang
dukung baby tu.. almaklumlah.. dia kan dah de pengalaman.. anak sorang dah dia
tu..
baby Hilman :)
Balik
dari rumah kakak tu, ajak Syaza pergi makan mcd.. saya belanja! Hikhik:p nasib
baik dia nak.. sebab saya dah lama tak window shopping.. tu pun kejap je kami
ber”window” shopping.. sebab dia bawak anak dia kan.. and anak dia pun dah nak
meragam..so, terpaksa lah balik.. saya pun balik lah sekali.. malas lak nak
pusing-pusing lagi kan..
Ahad
saya memang duk rumah je.. pampered myself! Pakai mask, scrub muka dan juga
mandi lebih lama.. shower almost 2 hours.. sekali sekala kan manjakan diri
sendiri.. kalau sendiri tak buat siapa pulak nak buat kan.. kalau banyak $$$
bolehlah pergi spa..
Ramai
bertanya macam mana saya jaga muka sebab takde jerawatkan.. dalam setahun
sekali dua je saya kena jerawat.. tu pun seketul je..
Dalam
dua minggu sekali saya akan buat benda ni..
tips elakkan muka berjerawat..
- Basuh muka dengan pencuci muka. Tonyoh lama sikit. Bilas dan keringkan.
- Potong tomato pada 4 bahagian. Then tonyoh pada muka. sebelah kiri 1 bahagian tomato, sebelah kanan 1 bahagian. So, sebiji boleh buat dua kali. Tonyoh sampai tomato tu hancur. Then, tunggu dalam dua minit. Basuh muka bersih. Lap muka kering2.
- Ambil sedikit minyak zaitun. Ratakan ke suluruh muka. sambil tu silalah mandi ye.. biarkan kat muka dalam 10 minit. Minimum 5 minitlah ye, nak bagi zat-zat dan khasiat diserapkan kat muka tu.
- Basuh muka dengan pencuci muka.
- Rasakan kesegaran muka.
saya guna minyak zaitun yang ni.. :)
Dan
saya tak gunakan toner atau pelembap.. sebab saya takde set lengkap untuk
skincare.. selamat mencuba yea!
1 ulasan:
waahh tips yg bagus leh try ni... ^__^
Catat Ulasan