22.11.12

Resepi Pavlova Sedap Dan Tips






Ni pavlova yang saya buat 2 minggu lepas rasanya.. tekak gatal bebenar nak merasa pavlova.. kalau beli harga agak mahal kan? Kalau buat.. haaa.. amek! Makanlah sampai puas.. tapi tekak saya memang tak puas lagi nak makan mende ni.. hahaha..:D

masa pergi beli buah nak buat topping ni, hujan lebat.. tapi saya redah juga.. demi tekak kan.. hahaha.. tapi hampa jugak, sebab strawberry takde..


Resepi pavlova:

4 biji putih telur (suhu bilik!)
3/4 cawan gula kastor (gula pasir pon boleh)
1 sudu besar tepung jagung - diayak
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila (yang ni letak setitik dua pon boleh) 

1/2 cawan Whipping Cream
Buah-buahan omputeh.. (kiwi,strawberry,anggur)

Cara-caranya :



tengah bakar... buat bentuk bulat2..


  1. Panaskan oven 130'c.
  2. Lapik kan loyang dengan baking paper
  3. Putar putih telur dengan kelajuan sederhana. masukkan gula sedikit demi sedikit.
  4. Bila semua gula dah dimasukkan, tukar kelajuan maksimum. Sehingga dapat "soft peak".. cuba terbalikkan putih telur tu, dia takkan terjatuh.. kalau terjatuh tu, belum lagi dapat "soft peak"..
  5. Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. Gunakan spatula. Kacau rata dengan lemah lembut yer. Bila dah sebati dengan adunan sila berhenti mengacau,.
  6. Letakkan di atas baking paper. Bakar selama 1 jam. (bergantung pada oven masing2). saya bakar guna api atas bawah.
  7. Bila dah nampak bertukar kepada warna keperang-perangan, maksudnya pavlova dah masak. Tapi! jangan terus keluarkan dari oven.
  8. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk baru keluarkan.
    Pukul whipping cream sampai kembang.. hiaskan atas Pavlova dengan buah-buahan..



yang ni loyang besar...


saya buat double adunan.. seeloknya pavlova ni makan dengan buah-buahan masam.. sebab pavlova ni memang manis dikk.. jadi bila kita makan dengan buah-buah masam, rasa dia balance lah sikit.. tapi makan time sejuk.. memang terangkat weii!!

minggu depan saya nak buat lagi.. lepas dapat gaji.. hihi:D

tips:
#1 pastikan mixer dan tempat nak di mixerkan putih telur tu bersih dan kering dari sebarang air.
#2 pukul whipping cream jangan terlampau lama, nanti dia jadi cair.
#3 pukul whipping cream masa dia tengah sejuk. kalau suhu bilik memang tak jadi. 

6 ulasan:

yana lyana berkata...

kene cube ni..hehe..

miszgarfien berkata...

buat la lebih......nak gak merasa...hehe

cik nur berkata...

sedap nyer *sambil lap2 air liur heheh*ganas tak hehehe :)

Ieda Farida berkata...

oooo. mcm ni rupanyer. sy mohon izin utk copy resepi yer. nk try gak la...

ct'z berkata...

Lepas copy resepi jgn lupo buat...

Tanpa Nama berkata...

Nk tny...lau gna whipping cream yg dlm tin tu blh x?