Siapa
sempat tengok siaran langsung pasal wira negara yang meninggal kerana
mempertahankan Sabah? Saya memang tak sempat nak tengok.. saya exit Bukit Raja,
Klang around 6.45pm.. dan jalan memang sesak habis.. saya rasa sebab ramai nak pergi
ke Rantau Panjang, rumah Allahyarham Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran.
Pagi semalam dengar
radio HotFM mainkan lagu-lagu patriotic.. Ya Allah, sungguh tersentuh hati ni..
sayu dan hiba sangat.. saya tak dapat bayangkan macam mana nenek moyang kita
berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.. dan bagaimana mereka hidup di zaman
jajahan bangsa asing?
Lahad Datu baru
diserang begini pun tersayat sangat hati.. apatah lagi kalau 1 Malaysia kena
serang.. Allahuakbar!! Mintak dijauhkan lah..
Sebelum ni dengar lagu
genre patriotic memang takde apa-apa effect kat saya.. now, I can feel it..
Buat ahli keluarga,
tabahlah hadapi ujian ini.. seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan
mereka di alam sana..
Mungkin ada yang bagi
pendapat masing-masing pasal kenaikan pangkat kesemua polis yang meninggal..
pendapat saya, bagus dinaikkan pangkat.. sekurang-kurangnya pewaris mereka
dapat sara hidup dengan pencen mereka.. kalau harapkan bantuan, saya rasa
mungkin dalam masa setahun ni je orang akan tolong.. masa akan datang belum
tentu lagi.. ada yang meninggalkan anak masih kecil, jadi perjalanan hidup
mereka masih panjang lagi…
1 ulasan:
sama-sama kita berdoa ..
Catat Ulasan