11.3.13

Kursus Kahwin



Dulu-dulu masa zaman muda remaja, pernah terfikir nak pergi kursus kahwin.. almaklumlah, masa zaman tu ada pasangan kan… sekarang dah single, memang tak terfikir langsung nak pergi kursus kahwin.. kawan-kawan ada jugak yang ajak temankan dorang.. tapi saya tak nak..

Saya pernah terdengar ke terbaca ntah.. kalau boleh pergi kursus kahwin dengan pasangan kita.. insya’allah ilmu yang dapat sama jadi boleh saling ingat-mengingat kan… dan takdelah nanti cakap dia dengar camni, kita dengar camtu.. kan susah kalau camtu..

Setakat hari ni, memang tak terbukak lagi hati nak pergi kursus kahwin.. sebab dah pasang angan-angan nak pergi dengan pasangan kita… 

Tak kisahlah nanti ada kursus kahwin seminggu ke, atau ada kursus kahwin yang kena buat solat tengah malam.. yang penting pergi bersama-sama pasangan.. #gedik tak?#

 klik untuk tumbesaran..



tu info dari twitter Fedtri Yahya, boleh tak nak cakap.. "ala...ujian kefahaman je..." hahaha... gila riak kan saya ni.. takdelah, saya fikir yang ni ujian ni kan pasal asas agama Islam.. insya'allah kita semua dah ada asas tu kan??

Tiada ulasan: