11.3.13

Perempuan memang kena terus terang dengan lelaki.



Jumpa ayat ni di blog Kak Di..


Men are not mind readers, ask for what you want. Let us be clear on this one:
Subtle hints do not work
Strong hints do not work
Obviously hints do notwork
Just say it..

bagi saya ayat tu memang betul pun... jarang dapat lelaki yang boleh teka apa yang perempuan rasa atau fikirkan. korang perli lah atau kias lah macam mana pun.. dorang memang buat tak tahu je.. 

kawan saya pernah cerita, dia dan suami bekerja shift.. ada satu hari tu, sama-sama balik lambat buat OT.. time tu dah petang sangat nak ke Maghrib dah.. rumah pulak bersepah..maklumlah anak dorang bawah 2tahun.. jadi faham-fahamlah kan budak bawah 2tahun ni suka "mengemas" rumah.. yang suami dia terus je terbaring atas kerusi.. kawan saya pergi tukar baju, lepas tu kemas rumah.. sambil tu pot pet pot pet lah mulut kan.. yelah, dahlah penat bekerja, balik rumah kemas rumah, nak masak lagi.. bila suami dia buat tak tahu je.. dia pun angin lah.. tapi orang kata simpan dulu dalam hati.. sampailah dia terbaca kat buku pasal rumah-tangga.. rupanya kalau nak lelaki tolong kita buat kerja rumah.. memang kena cakap direct.. contoh.. "Abang, tolong kemas rumah, saya nak masak.." kena cakap yea.. kalau korang bebel 48jam pun.. memang dia buat tak tahu je.. sebab lelaki ni anggap, bebelan dari wanita adalah perkara normal..

disebabkan lelaki dalam rumah saya sorang je.. iaitu abah saya.. jadi saya tak dapat sangat nak kenal pasti benda ni.. mungkin ada jugak.. sebab kekadang ibu cakap.. "abah korang ni..buat tak tahu je.." haaa.. 

tapi berbeza pulak dengan kita perempuan ni.. kita malu lah kan nak cakap direct... lagi pun kita harapkan lelaki ni faham apa yang ada dalam minda kita.. betul tak? so, lesson learned! after this kena cakap direct je terus.. =) and one more, kalau kita malu nak cakap..simpan je dalam hati.. kang kita jugak yang sakit hati nya..


Tiada ulasan: