28.6.13

Cara Ganti Lesen Yang Hilang.



Awal bulan ni, saya hilang purse. Tercicir rasanya, tapi sumpah tak ingat kat mana. Nasib baik duit dalam tu ada belanja untuk minggu tu je. Tapi yang tekilannya kad pengenalan, lessen memandu dan jugak ATM card. Lagi-lagi ATM card saya adalah debit card. Merbahaya okey! kang kalau orang yang jumpa tu swipe kad tu kang, mau putih mata. Sendiri nak swipe pun terkebil-kebil.

Lepas tu, gigih lah pergi JPN nak buat kad pengenalan kan? Saya suka pergi JPN Shah Alam kat dalam bangunan Plaza Masalam. Padahal dekat rumah saya ada JPN port Klang dan JPN Klang nak jugak pergi jauh kan? Hehehe… selesa kata orang…

Sekarang ni JPN Shah Alam beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Tapi weekend tu masa operasi sampai pukul 1 petang je. Kad pengenalan boleh siap dalam masa 24 jam, meaning esok dah boleh collect. Masa sampai je kat kaunter tu, abang kaunter tu cakap saya dah hilang kad pengenalan sebanyak 3 kali termasuk yang ni. Saya pun cakaplah, masa saya sekolah dulu memang selalu hilang kad pengenalan. Tapi sejak dah habis sekolah memang tak pernah lagi. Abang tu cakap last hilang tahun 2006. Oh, masa saya tingkatan 5. Dan kena denda RM300 sebab dah 3 kali hilang kalau kes rompak ke kena curi ke RM10 je. Tapi dengan syarat ada laporan polis ye. Saya pun pasrah je lah bayar. Nak buat macam mana? Silap diri sendiri kan.

oh, kalau nak ganti mykad thru website JPN pon boleh. dengan syarat tak tukar alamat dan jugak must have credit card. 

Lepas dah settle kan kad pengenalan, nak kena buat lesen pulak. Nasib baik saya tahu mana Puspakom. Tapi yang sakit hati tu, kaunter ada 10 yang buka 2 kaunter je. Masa saya ambil tiket tu, bilangan menunggu giliran ada 96 orang. Can you imagine? Perghh… perghhhh… sebabkan benda tu penting saya tunggu je lah. Masuk Puspakom pukul 2.30 petang keluar dari sana pukul 5 petang. Nak ganti lesen tu 5minit je tau! Kena denda RM20.



 JPJ Padang Jawa

Settle masalah. Sebelum pergi buat lesen saya buat ATM kad. Tak best nya lah bila dapat ATM kad ada gambar player MU. Haihhh.. saya ni bukan minat sangat bola, sekadar tengok tu layan lah jugak.


sumpah malu tengok pipi sendiri yang terlebih yis...



Terbang duit berates pasal masalah ni. Harap lepas ni takdelah lagi tercicir ke hilang ke…

22 ulasan:

nora berkata...

AS SALAM.. HYE .. IM NORA.. WANT ASK U SOMETHING.. BERAPA KENE BAYAR UNTUK KEHILANGAN LESEN ?

Cik Siti Hajar berkata...

saya kena bayar RM10 je... kalau nak panjangkan expired date baru lah tambah lagi duit..

Tanpa Nama berkata...

Salam..nk tanya ni..confirm ke kalau ada laporan polis dsebabkan kecurian hanya perlu byar rm10 shj utk ic? Sy bru kehilangan semalam.

sinar cahaya berkata...

assalamualaikum.kalau hilang lesen n ic kali pertama perlu gak ke wat report

Cik Siti Hajar berkata...

masa saya pergi tu.. memang macam tu lah dia kata.. cuba check kat website JPN..

perlu :) kalau tak kena denda mahal..

Tanpa Nama berkata...

Klu khilangn lesen shja mcm mne ye..harus bt polis report k

Yieanne Cmone berkata...

Kalo xda buat report polis untuk kehilangan lesen,berapa perlu bayar?

Cik Siti Hajar berkata...

tak pasti lah yer.. sebab kalau tak silap apa-apa pengenalan diri hilang kena buat report polis..

ain berkata...

assalamualaikum. err saya punya lesen L memandu hilang. so klu buat bru nnti tarikh yg bru atau yg lama?

Mohd Firdaus berkata...

Kak kalau hilang lesen mesti buat repot ke ??

Mohd Firdaus berkata...

Lesen hilang kena wat repot ke

adibah debot berkata...

salam kak. Kalau nak buat kad maybank kene bawak document apa jer?

Zhong An berkata...

Mana2 individu yg hilang lesen tak perlu buat laporan polis. Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lepas.

Tanpa Nama berkata...

serius??

Paan Cool berkata...

Repot hnya dibuat bila hilang atm kad..kad2 spt ic dan lesen memandu xperlu buat repot

corby pink berkata...

Pada saya sangat penting utk buat report atas alasan kita tak nak disalahkan jika berlaku salah guna pada dokumen penting tersebut. Contohnya jual ic dan pinjaman along. Kita ada rekod hitam putih menyatakan kita hilang pd tarikh sekian sekian.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya nak tanya Lesen L saya hilang. Kalau saya nak buat balik dekat jpj boleh tak ? Berapa denda ?

myn mokk berkata...

Lesen saya pun baru hilang 😭

Muhammad Arif berkata...

Assalamualaikum berapa pula denda yang perlu dibayar jika kad bank hilang?

Cik Siti Hajar berkata...

Waalaikumusalam.. kad bank hilang RM12 akan di caj. :)

Rita VzhiLa berkata...

Apa2 perkara berkenaan pengenalan diri harus dibuat laporan polis supaya mudah utk mendapat penggantian semula. Selain itu dpt jga mngelakkan jika brlakunya pnyalahgunaan individu lain trhadap dokumen tersebut. Hrp maklum.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya nak tanya Lesen L saya hilang. Kalau saya nak buat balik dekat jpj boleh tak ? Berapa denda ?