Setiap pekara yang kita lakukan
pasti ada pertama kali.. macam pertama kali kita berjalan.. tu memang tak ingat
lah bila.. kau tanya mak kau pun.. belum tentu dia ingat bila.. yelah, adik
beradik ada lebih dari 3.. mana nak ingat semua tu.. tambah lagi faktor usia..hikhik
:p zaman dulu takde blog takde internet kan? Hehehe:D
Kadang-kala nak lakukan sesuatu
buat pertama kali ni kena ada keyakinan yang tinggi.. contoh pertama kali nak
pergi temuduga kerja.. kalau confident level low..memang susahlah orang nak amik
kau kerja.. saya masih ingat 1st time saya pergi interview.. Interviewer
cakap kat saya, jangan takut semua benda ada pertama kali..
Selalunya benda pertama kali itu
selalu jugak kita ingat.. I mean kaum hawa..sebab memori kaum hawa ni agak kuat
berbanding kaum adam kan? siapa setuju?
Bila nak memulakan benda pertama
kali ni, kadang-kadang jantung berdegup kuat hati berdebar-debar.. itu bagi
sayalah.. kalau benda yang kita buat tu bagi impak besar dalam kehidupan kita
memang kita ingat.. tapi kalau setakat pertama kali nak hantar email.. toksah
lah nak over sangat kan?
Dalam kehidupan ni semua benda
ada pertama kali dan mungkin juga setiap benda ada yang terakhirnya..yang
penting kita harus mencuba.. kalau tak kita takkan maju kehadapan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan