2.7.13

Perubahan itu perlu



Sejak kebelakangan ni, saya banyak fikirkan pasal diri saya. Well, selalu memang pun fikirkan pasal diri sendiri tapi kali ni berlainan. Tak tahu nak describe macam mana.

Maybe I need do something. Perubahan ke arah yang lebih baik.

Saya tahu, pakai tudung tak semestinya menutup aurat. Menutup aurat tak semestinya kita baik. Tapi sekurang-kurangnya kita melaksanakan perintah Allah yang wajib tu. 

Peribadi muslimah pun perlu dibentuk dari dalaman. Mulut kena jaga, hati kena sentiasa bersih. Sebagai manusia normal, memang kita tak lari dari melakukan kesalahan atau pun dosa-dosa kecil tapi sekurang-kurangnya bila kita boleh elak dari melakukan semua tu, kenapa mesti kita lakukan. 

Usia bukan penentu garis kematian. Bila-bila sahaja malaikat boleh mencabut nyawa kita. Sama ada kita sedia atau tidak. Itu yang menjadi persoalan.

Melakukan perubahan juga bukannya mudah. Tak guna juga kalau tak beristiqamah kan?

Mudah-mudahan perubahan yang akan berlaku akan menjadikan saya kepada muslimah yang lebih baik dan sentiasa bertambah iman di dada..

Tiada ulasan: