2.7.13

Umobile vs Celcom vs Digi



Sebelum ni saya adalah pengguna tegar Celcom. Pengguna yang setia. Hampir 6 years guna no celcom ni. Saya beli masa ada promosi U-pax kat kolej dulu. Sebab tu saya suka guna celcom ni. Lagi-lagi dia cas murah untuk call dan sms. So, I pun teruskan kesetiaan pada celcom. Sampai lah last month. 

Lepas dapat My Sweetheart bulan lepas, saya nak tak nak terpaksa change telco. Sebab U-pax takde data plan untuk smartphone. Kalau ada pun broadband data. Tapi mahal lah, macam better I used line rather than prepaid. Sebab kan hari-hari pergi kerja balik kerja nampak billboard Umobile, maka saya pun terpengaruh. Hahahaha:D

Bermulalah episode penukaran telco. Saya masih guna nombor ang sama tapi telco berbeza. Seminggu pertama I was so happy with line. Kalau kat rumah boleh seach resepi nak masak. Boleh ber-facebook-ing, ber-wechat. Tapi selepas seminggu tu memang menduga perasaan sangat-sangat. Bila masuk rumah je line internet no connection. Tapi bawah rumah dapat je line. Rumah saya kan tingkat 3, melangkah masuk rumah je connection slow or no connection. Hantar wechat pukul 8 malam, jap lagi pukul 9 malam baru orang sana dapat. Apakah ini?

Saya call customer service Umobile, tapi hampa perasaan iolls. Jawapan dia bagi “memang macam tu cik, banyak kes macam tu” pelik tak? Bawah rumah dapat, once kau masuk dalam rumah takde connection. Nak kata rumah tak cukup tinggi, nonsense.

Semalam saya call lagi customer service. Kali ni sedap sikit hati dengar. She said memang ada pobs line kat area situ. Line tak berapa nak stabil. Walaupun hampa dengan jawapan dia bagi tapi sekurang-kurangnya I knew what’s the problem kan?

Bulan ni masih lagi pakai Umobile. Sebab nak tengok lagi connection dia macam mana. Yelah, manalah tahu bulan lepas je probs tu. Bulan ni dah settle. Kalau masih sama juga, saya nak tukar Digi. Tapi before tukar bebetul, saya nak beli sim pack nak buat trial. Hehehe:D lagi pun, BB saya masih ada lagi. Kalau tak okay line buat pakai kat BB je. 

Kenapa saya taknak guna line? Sebab saya tak gunakan phone 24 hours. I just heavy internet during non-office hours.  Selagi saya di ofis memang saya gunakan internet di ofis. Untuk call dan sms memang saya kurang sangat-sangat guna. Kadang topup RM5 pun tak habis.




Umobile, please fix your connection issue in Klang area.

1 ulasan:

mista potato berkata...

since awak pakai prepaid n pengguna internet yg tegar..leh try xpax baru ni.. xpax24! http://xpax.com.my/