26.9.13

perbualan ibu dan anak sulung...

semalam baru start kerja untuk this week.. Isnin dan Selasan amik annual leave.. saje nak kasi clear.. boss dah bagi hint suruh clearkan..

kiranya dapat cuti 4 hari direct lah campur weekend.. tapi weekend tu memnag tak kemana.. duduk melangut saja kat rumah...

Isnin dan Selasa pula saya bawa ibu pergi settle kan hal rumah.. insyaAllah end of this year nak pindah rumah.. banyak perkara kena settle kan.. so, tukar position jadi driver kejap :P

Ibu ni kalau anak-anak dia kat rumah, dia nak keluar kan.. mesti bagi hint.. suruh bawak dia.. dia malas nak drive dah.. 

ibu : ibu nak pergi rumah wan (nenek) ni. nak ikut tak?
saya : malaslah orang...
ibu : dah lamakan kau tak jumpa wan?
saya : minggu lepaskan ada pergi jumpa?
ibu : tu minggu lepas.. 

ibu : jar.. tak keluar ke?
saya : keluar kejap lagi..pergi makan dengan kawan..
ibu : balik cepat sikit.. ibu nak pergi beli barang ni..
saya : haa..pergi je.. orang bawak kunci..
ibu : ibu tunggu kau balik ni..

haaaa... tu dialog biasa tu... nak suh kita drive dia ke mana-mana.. nasib baik dia pergi mengurut dia tak suruh kitaorang bawak..kalau tak.. masak nak menunggu.. urut orang kan lama?

Isnin lepas pergi tengok progress rumah... 

ibu : Nanti kita pindah masuk, kita buat kenduri doa selamat lah ye..
saya : Pilih tarikh yang banyak cuti public.. tak payah nak minta cuti..
ibu : bulan 2 boleh lah kot kan?
saya : nanti orang tengok kalendar..
ibu : senang buat kenduri doa selamat dengan majlis merisik ke majlis bertunang ke.. takde 2 3 kali kerja..
saya : siapa pulak nak bertunang bagai ni?
ibu : >senyum<

bagi hint suruh tamatkan zaman bujang.. wakakakaka... sebenarnya selalu je ibu bagi hint macam ni.. kita buat tak tahu je.. kang ada yang sentap menyentap kang.. 

ibu : ingat sikit..tahun depan umur 25 tahun dah...

pleaseeeeee... tak sukalah orang remind pasal umur..
nak je reply balik.. "ibu ingat sikit.. tahun depan umur ibu 46 tahun dah.." heee~~~

entry apakah ini?

Tiada ulasan: