Sekarang ni beli barang semua mahal. minggu lepas saya beli barang dapur untuk rumah, barang basah lah untuk seminggu. selalu total RM 120 macam tu, minggu lepas saya kena RM 160.. itu pun baru beli 3 jenis lauk. huwaaaa... nangis.. Kembung sekilo RM14, ikan kerisi sekilo RM9, Cencaru sekilo RM10.. nasib baik adik-adik saya makan ikan ni tak berapa sangat.. dorang lebih kepada telur dan ayam.. tapi takkan hari-hari nak makan ayam kan? kembang tekak oit..
lepas tu dapat bil air semalam.. buat rasa tak nak mandi je...saya bebel-bebel pasal bil air.. rasa macam tak puas hati je.. macam mak-mak dah saya ni... hahahaha....
semua naik macam mana nak menyimpan? orang kata jimat-jimat.. sekarang ni breakfast saya bawak bekal dari rumah tau.. pasal nak berjimat.. makan pun makanan berat, so nanti lunch hour takde lah nafsu makan mencanak-canak naik.. haishhh.. stress betul..
saya ni memang lah belum kahwin.. tapi saya tanggung jugak family saya walaupun bukan secara menyeluruh... macam mana yer korang yang dah ada family... haishh.. gaji saya yang above 2.5k ni pun tercunggap-cunggap nak wat belanjawan.. mcam mana kalau dah ade family?
tahu-tahu je lah.. pasal duit ni boleh buat gaduh, boleh putus sedara belum masuk lagi boleh bercerai-berai.. nauzubillah..
nampak gaya nya kena buat plan untuk berjimat cermat secara menyeluruh...
orang suruh kahwin.. nak menyimpan duit kahwin pun tak semput... acaner nak kahwin? huhuhuhu:p
1 ulasan:
kena usaha keras cari duit lbh..t lmbt lg yui khwin..huahua
Catat Ulasan