7.3.14

Resepi Lasagna

minggu lepas saya buka order untuk Lasagna Beef.. ada seorang kawan saya mintak untuk buatkan Lasagna Ayam..  Jumaat, Sabtu dan Ahad saya pulun buat Lasagna.. orang tak pernah berniaga.. jadi, agak kelam kabut lah timing kan.. lagi, nak COD.. alhamdulillah, saya takde masalah untuk COD pada customers.

MyResepi <- Klik

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g daging cincang 
  • 1 botol prego (yang kecil)  tomato puree
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)- bawang Holland
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
  • 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
  • Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)- Capsicum
  • Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Panaskan susu. buka api perlahan. bila susu dah suam, masukkan tepung dan kacau sehingga tidak berketul. kalau berketul sila skim. buang yang berketul tu.
  8. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  9. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  10. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  11. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  12. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
  13. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
  14. Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye)
 

versi saya..

pada customers: terima kasih kerana membeli dari saya..
halalkan mana terlebih tekurang tu yer.. :)

2 ulasan:

Muhammad Taufiq berkata...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Cik Puan Rara berkata...

ok dh save.nt nk buat!