11.4.14

Resepi Pasta Yang Simple dan Sedap.

Tajuk kemain ada perkataan sedap.. hahahaha.. 

Semalam tengah google sana sini.. tiba-tiba ternampak resepi Baked Macaroni and Cheese.. perghhh.. drooling sungguh tengok gambar tu.. maka kita pun bersemangat waja lah nak buat.. tapi nak kena perabis stok small shell kat rumah tu.. nanti expired membazir je..

walaupun terliur dengan Baked Macaroni and Cheese..
tapi saya tak follow pun resepi tu..
hahahaha...
saya buat resepi sendiri...

Pasta Beef and Mushroonm

Bahan2:
  1. 1 mangkuk Pasta (direbus)
  2. 3 keping burger daging (hancur2 kan)
  3. sebiji bawang besar di mayang halus
  4. 1 pek kecik yogurt low fat, perisa Natural
  5. 3 batang cili kering di gunting halus
  6. Sedikit cendawan shitake - saya beli yang slice, bila rendam kejap je kembang.
  7. 3 sudu besar sos tiram
  8. 3 sudu besar black pepper
  9. Slice cheese secukup nya
Cara2:
  1.  goreng kepingan burger yang di hancurkan tanpa minyak. sebab nanti daging ni akan keluarkan minyak.
  2. bila dah naik bau, masukkan bawang, cili kering dan cendawan.
  3. kacau sehingga sebati. agak2, masukkan sos tiram dan black pepper. kalau sos black pepper takde, lebihkan sos tiram dan masukkan serbuk lada hitam.
  4. masukkan serbuk perasa jika mahu.
  5. masukkan yogurt dan sedikit air. jangan biarkan berair sangat.
  6. masukkan pasta yang telah di rebus, dan gaul sebati. tutup api.
  7. sapu sedikit butter atau marjerin kat loyang.
  8. masukkan semua dalam loyang.
  9. susun cheese atas pasta. saya takde mozarella cheese, tu yang guna slice cheese tu.
  10. Bakar suhu 170'C selama 5 -10 minit. agak2 cheese tu melting je, siap lah tu.






Senang je kan??? pasta ni pasta tekak melayu. hehehe:D 

1 ulasan:

safurara berkata...

huaaaa x sbr nk buat weekend ni!