9.6.14

Resepi Kek Red Velvet Mudah dan Sedap!

This is my birthday cake. Red Velvet Cake.

kek ni saya bakar sendiri..
tapi sebabkan malas nak menimbang berat..
saya guna tepung segera Red Velvet..
ada jual kat kedai bakeri, sepaket RM7.50 berat 500g..

kat paket tu dia ada tulis, 1 biji telur, 100ml minyak dan 200 ml air..
sebabkan saya baca resepi macam mana orang lain buat..
maka saya olah sendiri..

Resepi Kek Red Velvet

1 paket tepung segera Red Velvet
2 biji telur
100ml minyak 
100 ml buttermilk (susu 100ml dicampur dengan sedikit cuka makan)
100ml air

Cara2:
pukul telur sampai kembang.
masukkan buttermilk, air dan minyak.
kacau sebati, masukkan tepung segera.
kacau rata.
panaskan oven, bakar 170C selama 40 minit atau sehingga masak.

Topping

Whipping Cream brand Pride.
Cream Cheese
5 sudu besar gula
2 sudu kecil jus lemon

Pukul Cream Chesse dan gula sehingga kembang.
masukkan jus lemon dan shipping cream.
pukul sehingga kembang.

 atas periuk je deco..
hehe:D



cantikkan merah dia.. merah baldu..

saya sagat kan coklat atas dia..
jadilah senonoh sikit..
lama sebenarnya tak buat kek sebiji macam ni..
alhamdulillah..
menjadi! sedap pulak tu.. puji diri sendiri

1 ulasan:

Roziana Aliman berkata...

sedapnya..boleh kukus tak kek ni?