Assalammualaikum...
selamat pagi.. siapa yang bekerja?? Sep sikit.. samalah kita.. tak nak membazir cuti tahunan.. hihihi:p
banyak hari tak update.. sebab kekeringan idea mahu menulis..
paling hot story soalan UPSR bocor.. saya tak faham pada mereka yang membocorkan soalan ni.. integriti dalam bekerja mana weh? setakat UPSR nak di bocorkan.. bukannya macam zaman dulu, tak pass tak boleh pergi tingkatan 1..nak bagi anak sendiri dapat 5A? tak berkat tau.. dah jadi macam ni kan menyusahkan ramai pihak...
lagi yang saya tak faham.. nak salah kan menteri pendidikan.. macam lah Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin tu yang gubal soalan.. yang print soalan.. haihhhh.. korang ni.. agak-agaklah nak menyalah kan orang..
apa pun, benda dah jadi.. nak tak nak memang kena amik exam balik...
untuk adik-adik.. pulun study yer.. dah alang-alang kena tangguh ni.. gunakan masa sebaik mungkin untuk study habis-habisan..
hari ni, ofis tak ramai orang.. kerja pun tak bertimbun... sikit-sikit boleh kasi settle.. =)
Have a nice day everyone...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan