3.10.14

Resepi Buttermilk Chicken Sedap

Assalammualaikum..

Hari Jumaat! ramai suka hari Jumaat kan? saya semalam duk fikir.. ehh,, esok Khamis ke Jumaat yer? dah kenapalah nak confuse kan diri.. sebab nya saya MC Isnin hari tu... tu yang rasa macam tak complete je hari bekerja..


Ni menu hari Isnin kot? ke hari Ahad? ntah lah.. lupa dah...

Buttermilk Chicken nama di beri.. saya google majoriti kata masakan Chinese.. sejauh mana kah kebenaran itu.. memang tak tahu lah.. apa pun, menu ni sedap!! abah dan adik-adik siap cicah dengan roti lagi kuah dia.. tapi tak boleh makan selalu ye.. kang kegemukan menangisi lah korang.. :p


Resepi Buttermilk Chicken

Isi ayam potong kecil perapkan dengan sedikit serbuk kari, serbuk lada hitam dan juga tepung jagung. Perap dalam setengah jam atau lebih.
Bila basuh ayam tu, korang tekap dengan tisu supaya air dia tak banyak sangat dalam air.
Goreng dengan secara deep fried yer. minyak banyak. api pastikan betul-betul panas.

Kuah Buttermilk

6 ulas bawang putih -dadukan
daun kari secukup nya
cili padi dalam 6 7 batang. ikut tahap kepedasan korang lah..
susu pekat
susu cair
2 keping cheesedale

panaskan minyak dalam 3 4 sudu. tumis bawang putih. Api dia slow je yer. bila dah hampir garing, masukkan daun kari dan cili padi. api kecik kan. besar kan sikit api, kemudian masukkan susu cair kacau2 hingga menggelegak. saya guna 3/4 susu cair. tu pasal kuah saya banjir. kemudian masukkan susu pekat dalam 2 3 sudu dan terus masukkan cheese. masukkan garam secukup rasa. bila dah siap, tuang atas ayam tadi.

senang je kan? try tau!

Tiada ulasan: