Ni menu tahun lepas bulan 12.. hehehehe.. baru nak update..
tiba-tiba teringin sangat nak makan paprik..
jom masak...
bahan-bahan yang kita perlukan...
yang takde dalam ni ayam dan sos cili..
senang je resepi paprik dari saya..
tumbuk kasar bawang putih, tumis kemudian masukkan cili kering dalam 5 6 sudu besar.. saya guna seekor ayam.. kemudian bila dah garing cili tu, masukkan sos cili dalam 5 sudu, 2 sudu kicap, 2 sudu sos tiram dan perencah tomyam 1 sudu. tambah air sikit.
masukkan ayam.. dan kecikkan api yer.. lepas tu campak serai yang dah di ketuk dalam 3 batang, daun limau purut. bila menggelegak, masukkan sayur-sayuran.. letak gula garam.. rasa kan..
sebelum angkat masukkan bawang besar tu..
siap!!
1 ulasan:
pandainyaaa dia masak.....
Catat Ulasan