5.3.15

Perkahwinan itu.......

Perkahwinan bukan bermakna siapa cepat, dia dapat.

Bukan pula bermakna, yang kahwin awal dahulu akan lebih bahagia daripada yang terlewat.

Kerana perkahwinan bukan diukur dari segi masa dan jarak, tetapi diukur kebahagiaan itu pada mereka yang benar-benar berusaha mencari jalan keredhaan-Nya.

Berusaha sehabis daya mengikuti segala perintah-Nya, memperbaiki hubungan dengan-Nya yang lebih utama, mencintai Allah dan Rasul untuk mengaplikasikan cinta yang benar-benar dapat dibawa pasangannya hingga ke syurga.

Usah bersedih kepada yang agak terlewat. Ini ruang dan peluang kita untuk bertemu yang jauh lebih baik, dengan kita turut berusaha menjadi hamba yang sehabis baik.

Jika mereka layak mendapat syurga cinta dalam berumahtangga, kenapa tidak kita? Jika mereka layak untuk berbahagia dengan pasangan, kenapa tidak kita?

"Manusia tidak akan dapat menentukan jodohmu, biar sekuat mana mereka berusaha untuk mencari jodoh untukmu.Tetapi Allah-lah yang akan MENENTUKAN DAN MEMBERIKAN pemilik jiwamu, yang telah dicatatkan dalam takdir-Nya yang terindah."

sumber : Facebook BercintaSelepasNikah

Tiada ulasan: