7.4.15

Orang baik selalu pergi dulu

Hari Khamis, exactly selepas azan maghrib berkumandang, pak cik saya meninggal dunia di HUKM.. saya dari ofis straight go there, lepas urusan mandi dan kapan jenazah.. jenazah akan di bawa pulang ke Melaka.. arwah memang tinggal di Melaka.. saya memang dah nekad nak terus pergi sekali dengan van jenazah.. walaupun sehelai sepinggang dengan baju kerja..

sampai Melaka around 2am macam tu.. selesai segala macam urusan.. saya masuk dalam kereta balik.. nak tidur.. sungguh tak larat dah mata nak bukak.. sedar-sedar azan subuh.. rasanya adalah 2 jam saya tidur.. jadi lah kan... masa kat hospital, saya sedih tapi tak dapat menangis.. mana mungkin tak sedih.. pakcik kita meninggal.. dan kalau ikut turutan wali dia adalah wali saya.. tapi, bila imam cakap, ada lagi tak nak lihat jenazah kali terakhir? tak semena-mena air mata turun bagaikan hujan.. Ya Allah, betul ke orang cakap orang baik akan pergi dulu menghadap MU.. dan di tanah perkuburan, saya duduk sebelah anak perempuan sulung arwah.. saya peluk dia.. tapi saya tak mampu nak kata apa-apa.. saya hanya mampu berdoa.. moga Allah berikan kekuatan pada dia dan adik-adik dia.. insyaAllah..

Arwah Cu baik sangat.. ramai datang ziarah jenazah dia dari jauh.. semua cakap dia jenis tak banyak cakap.. dan dia tak suka menyusahkan orang.. sampai akhir hayat nya, dia tak susahkan sesiapa pun walaupun dia sakit teruk..

jenazah akan di kebumikan around 8 pagi.. alhamdulillah, walaupun hari Jumaat hari bekerja, ramai sangat yang sembahyang jenazah.. lepas selesai kebumi, bertolak dari Melaka pukul 10 pagi macam tu.. saya kena hantar mak cik saya ke Pandan Indah dulu..

keesokkan hari pulak, pukul 5.30 pagi bangun sebab nak hantar makcik ke KLIA 2.. nak pergi tunaikan umrah.. balik dari KLIA 2, pukul 12 lebih.. boleh pulak sesat sampai masuk KL Town.. Ya Allah.. nak nangis rasanya.. jalan jem tak bergerak.. badan saya dah sakit-sakit dah sebab drive non stop since Khamis.. sampai rumah pukul 4 petang kalau tak silap.. terus saya tidur..

bangun-bangun je badan dah panas.. kepala berat.. sampai lah hari ni.. kepala masih berat dan pening toksah cakap lah.. nak toleh ke kiri ke kanan memang tak boleh.. sakit sangat.. 

panjang-panjang taip cuma nak bagitahu.. badan rasa lemah sangat... penat sangat.. and i need a few day for rest... 

Cu, orang sayangkan cu.. sampai bila-bila pun orang tetap ingatkan cu..

Tiada ulasan: