saya pernah cerita kat entri ini Nama macam orang dulu-dulu.
Nama saya simbolik dengan pengorbanan ibu Nabi Ismail yang di tinggalkan seorang diri di padang pasir bersama bayi yang masih kecil. Ini adalah kerana perintah Allah. Setiap apa yang di perintahkan oleh DIA pasti ada hikmah tersembunyi.
Siti Hajar seorang yang cekal dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah.
Saya sendiri selalu berdikari dari mengharapkan orang lain. bagi saya adalah satu kepuasan kalau kita dapat melakukan segalanya dengan sendiri. mungkin ada sedikit sebanyak kita memerlukan pertolongan orang sebab itu kita di jadikan hidup bermasayarakat.
di sebabkan dah biasa ke sana ke sini sendiri.. jadi saya tak berapa nak harapkan pasangan di sisi. lagi-lagi sekarang dunia di hujung jari, apa saya nak tahu, google je..
bersangka baik terhadap Allah. jodoh lambat sedikit tapi rezeki lain lebih dari orang yang berjodohan. InsyaAllah.
[DAY 9]: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan