3.6.15

My 26 years birthday celebration.

Jumaat lepas genap lah umur saya 26 tahun. Alhamdulillah for over the past 25 years old. Syukur dengan apa yang ada dan apa yang diberi Allah. Saya ambil half day Jumaat lepas, ingat nak pergi tengok wayang. Tapi ada hal pulak petang tu. Jadi tak dapat lah tengok wayang.


ni last year birthday...


this year celebration..
Pakai bawal satin maroon. 
Tapi tak cantik jugak macam Mia Ahmad.. 
kehkehkeh.. 


Sebelum balik tu ajak officemate pergi lunch kat Fikcles TTDI. Saya dapat tahu kedai ni dari blog Kak Su. Kalau korang nak tahu makanan terpaling sedap, silalah terjah blog dia. Trademark dia “terpaling”.. hikhikhik:p lama dah nak pergi sini, sebab dekat dengan office. Tapi tahu je lah kawasan TTDI, parking kemain susah. Doa lah siap-siap dalam hati supaya dapat parking weh. 2 kali tawaf, dapat parking. Perut dah lapar weh.

saya order Mushroom Junkie. Totally 100% cendawan saja dengan carbonara sauce. Order air white chocolate caramel. Sedap!


my meal..
campuran berbagai jenis cendawan..
tapi saya tak mampu nak habiskan..
portion dia banyak.. tapi memuakkan..


white chocolate caramel..
sedap bangat!


officemate order ni..
sedap jugak..

Malam Aza dan tunang dia ajak pergi Fiske Steakhouse AU2 Keramat. Saya order set grill yang ada ayam, lamb dan beef. Lupa nama dia. 1 set ada mash potato dan coleslaw. Kedai nya memang ramai orang. Masa kami pergi tu duduk berhadapan dengan tandas. Nasib baik tak berbau. Hehehehe~~ saya tak perasan bila masa ntah dorang order slice kek. Terharu! Thank you bff!



my personal review:
daging dia kering, jadi liat sangat.
for lamb banyak lemak je.



mushroom soup ni memang sedap.. pekat dan likat..


ni my birthday kek..

saya hanya sempat makan sesudu, bawak balik rumah..
abah habiskan..



So, that’s how I celebrate my 26 birthday.

How time flies. Now we are in the middle of 2015.

Harapan saya hanya yang baik-baik sahaja berlaku. insyaAllah.



To someone; terima kasih awak untuk hadiah Si Ungu.. :)

Tiada ulasan: