9.5.16

Tengok AADC 2 - Jangan kacau tunang saya

Semalam pergi tengok Ada Apa Dengan Cinta 2.. sebelum ni saya bagitahu kat tunang nak tengok cite ni.. lepas tu dia replied "cite tahyul ni.." hahahahaha.. biasalah lelaki... saya tak kisah pun, so decide nak pergi tengok dengan girlfriend lah nanti... tiba-tiba last Friday dia cakap nak tengok tak cite AADC 2 ni? of course lah nak kan? 

so, semalam pergi Setia City Mall.. kalau ikutkan saya nak pergi MidValley.. nak jalan-jalan.. tapi takpe lah lenkali lah pergi.. lagipun ke MidValley tu makan masa.. so, amik tiket pukul 2:35petang.. nasib baik still ada seat tapi tinggal belah-belah depan jugak lah... tak kisah lah... 


korang mesti dah tau ending kan? tunang saya tak habis-habis cakap "kesudahannya dia rampas tunang orang..".. hahahahaha.. nak buat macam mana.. Rangga tu hero cite ni...

bila fikirkan balik.. benda kalau kita simpan dalam hati... tetap akan dikenang sepanjang hayat.. macam Cinta.. dia simpan semua barang-barang masa dia dengan Rangga.. walau dah 9 tahun pun masih elok dia simpan.. tu maksudnya dia masih terkenang.. memang susah nak move on lagi kalau kita jenis sayang ketat ketat.. tapi untuk mulakan perhubungan yang baru kita kena bersihkan dulu hati dari kisah kisah silam.. reset hati tu.. 

1 pertemuan boleh memisahkan perhubungan yang lain.. kan?

balik rumah terus tengok dalam almari.. ada lagi tak barang barang sejarah silam yang saya simpan.. memang tak de dah... heeee~~ 

cite ni slow.. padahal nak tahu kenapa Rangga putuskan hubungan je.. yang Cinta dengan kawan-kawan pergi bercuti tu sikit sangat ditonjolkan dalam movie ni...

saya bukanlah nak sangat sangat tengok movie ni.. tapisebab dah tengok part 1.. of course kau nak tahu sambungan nya.. kan??

untuk orang luar tu.. janganlah kacau tunang orang, isteri orang atau GF orang.. hak orang jangan di cuba-cuba.. 

btw, Rangga tu muka dia memang muka egois kan?

1 ulasan:

Siqah Hussin berkata...

Haha! Kan, akhirnya dia rampas tunang orang. Baru nak tengok malam ni, dengar review org je dulu.