6.5.16

Mumbling di hari Jumaat

Sekejap je minggu ni dah jumpa jumaat.. sebabnya isnin lepas cuti kan? Seronok je jumpa jumaat yang tak seronok bila jumpa isnin.. hikhikhik:p betul tak?

Cuti yang lepas tu tak kemana pon.. sibuk mengemas bilik-bilik kat rumah.. tapi bukan saya lah mengemas.. ibu yang kemas.. saya tolong sikit-sikit je.. kalau bab masak saya memang takde masalah.. suruh masak 5 6 lauk sorang-sorang pun saya sanggup.. tapi bab mengemas, suruh kemas bilik sendiri pun rasa nak hentak-hentak kaki.. perangai tak semenggah..

Weekend ni takde plan pun..  rasa esok nak pergi buat walking kat taman rekreasi seksyen 7 tu.. lepas tu nak pergi pasar beli hidupan untuk minggu depan.. kalau butik pengantin bukak ingat nak singgah sekali lah.. sebab nak bayar ansuran pakej tu.. yang best nya butik saya pilih ni, boleh bayar berapa yang kita ada sampai lah habis harga pakej tu.. tapi bayar habis sebelum majlis lah.. bak kata kakak owner tu “kang tak naik pelamin kau dik..” muehehehehe:D

Tapi hari ni saya rasa jam lambat sangat.. selalu hari jumaat laju je dia gerak.. ni dari tadi tengok jam.. bila nak pukul 6 ni weh? Kemain kan menunggu waktu balik.. padahal kerja ada je tak siap lagi.. tapi sebabkan saya baru je kerja kat sini, jadi kerja tak banyak lagi.. baru sikit-sikit je boss bagi kat saya… tu yang bila boss busy saya mati kutu.. sebab tak tahu nak buat apa.. bila ada tak faham pulak, dah tergendala disebabkan kena tunggu dia.. sebelum ni kerja-kerja saya semua boss yang buat.. tu yang tak de siapa boleh dirujuk kalau tak faham ke apa..

minggu nbi hari-hari hujan lebat waktu petang.. seronok! sebab malam nanti nak tidur sejuk je.. nyaman..


Tengok total post untuk this year tak sampai seratus pun.. bukan pemalas ye.. kekangan masa.. nak berjalan ke blog lain pun dah payah sikit.. kadang nak menulis idea yang takde.. 

1 ulasan:

SIQAHIQA berkata...

Blogger as part time je awak. Memang tak lah selalu kan. Saya pun curi masa je nak update blog dan blogwalking :)