28.11.09

.:K U K U:.

 Kuku adalah anggota badan yang perlu dijaga rapi. ini kerana kuku terletak pada jari kita dan sebagai orang melayu, menjadi kebiasaan kita makan menggunakan jari kita bukan? jadi, jika kuku kita panjang dan kotor. fikirlah sendiri apa yang masuk dalam badan kita. berapa ribu kuman yang terdapat didalamnya?

Dikatakan oleh para saintis, didalam kuku yang panjang terdapat sejenis kuman yang di panggil E-COLI.[jgn tnya aku nape name kuman tu mcm tu..]

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. E-Coli dikaitkan sebagai bakteria penunjuk najis. manakala E.Coli 0157 adalah EHEC (Entero Heamoragic E.Coli) adalah sejenis kuman yang mengeluarkan toksin dan boleh mengundang gejala keracunan apabila berlaku pemindahannya daripada proses pembuangan najis.

ada pendapat yang mengatakan, membela kuku panjang, dosanya adalah seperti membela sekandang babi. bayangkanlah beratnya dosa yang kita tangung di sebabkan kuku sahaja.

>>korang yang bela kuku panjang tuh..renung3kanlah yea..

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Adalah harus dipotong kuku pada bila-bila masa sahaja. Walaubagaimanapun janganlah membiarkan kuku tidak dipotong sehingga melebihi 40 hari.

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

cara memotong kuku.

Yang ini pula daripada Imam Al Ghazali yang menjelaskan tentang tatacara dan aturan memotong kuku :-

Mendahulukan memotong kuku tangan kanan iaitu dengan dimulai dari:

 
1) Jari Telunjuk
2) Jari Tengah
3) Jari Manis
4) Jari Kelingking


Kemudian memotong kuku tangan kiri dengan dimulai dari:


1) Jari Manis
2) Jari Kelingking
3) Jari Tengah
4) Jari Telunjuk


Selepas itu barulah memotong kuku ibu jari kanan dan ibu jari kiri

1 ulasan:

HonEyBuNNy berkata...

waaa..thnx 4 da info dear...