17.5.10

semua komuter punya hal!

SELAMAT HARI ISNIN….

Semalam satu hari keluar pergi jalan-jalan..dan hari ini kaki, badan dan kepala, semua nak sakit..hiashhhh… tu lah berjalan tak ingat dunia kan? semalam pergi pwtc..balik tu pergi date dengan mydemok..

ni nak cerita sikit ni..ketidakpuasan hati saya..15hb yang lepas, koc wanita tu dah available bagi semua laluan..saya dari arah seremban masa pergi tu..memang naik koc wanita, sebab tak berapa full kan..gerabak yang lain dah kena berdiri bagai..tapi ada jugak lelaki yang naik gerabak tu..muka tak bersalah langsung! ade makcik tu nak duduk diaorang buat derkk je..rasa nak lempang laju-laju je..dahlah naik gerabak salah..nak wat muka tak leh blah betul!

masa nak pergi tu, saya rasa yang duduk sebelah menyebelah saya ni budak baru di kolej saya..so, diaorang ni ada yang dari negeri belah utara, johor dengan negeri apa ntah..tapi dalam berempat tu, seorang tu orang KL..dia yang bawak kawan-kawan dia pergi jalan-jalan tu..*rasanya lah*..yang tak boleh blah kan..tau lah datang dari negeri yang takde komuter..tapi please lah..behave urself..

waa..diorang punye jakun naik komuter tu..memang nampak sangat..sebabnya!! cerita nak bagi satu gerabak dengar,..mana tak bengang kan? cite perlahan-lahan dah lah..takde siapa pun tahu diaorang tu pernah naik komuter ke tak..ini kalau cerita sampai satu gerabak nak dengar..memang rasa nak jerit je kat diaorang..”wahai orang kampung, boleh perlahankan suara tak?

bukan saya nak kurang ajar..tapi tolonglah hormat orang sebelah menyebelah..itu belum naik LRT dengan monorel lagi..surelah nanti orang pandang macam apa kan? makcik depan saya tu, pandang diaorang dengan muka tak puas hati..itu pun diaorang wat muka selamba je..saya tahulah kat Johor takde komuter ada keretapi tanah melayu je kan? tapi volume tu tolong rendahkan ye adik-adik sekalian..kawan dia yang dari utara tu, mulut membebel macam apa je..memang saya angin betul lah duduk tepi diaorang semalam..satu gerabak duk jeling maut, diaorang buat tak tahu je..

balik pulak, disebabkan orang ramai sangat, saya pun naik je lah gerabak lain..saya naik dari bank negara, sampai di stesen KL sentral, tahu je lah orang penuh macam mana kan? dah siap berhimpit bagai ni..ada pulak makcik keje KTM ni..jerit-jerit dari luar..”ladies tolong keluar, masuk gerabak kamu”..rasa macam nak jerit je kat makcik tu! “makcik tak nampak ke gerabak wanita tu dah penuh macam sardin..lebih teruk dari sardin?” then, kami yang perempuan ni, dah duduk di kerusi, bayangkan lah dengan ramai orang macam sardin tu yang majoriti lelaki tu, nak suruh kami keluar? ohh..sorry, saya tak keluar pun..negara kita punya ramai kaum wanita berbanding lelaki..nisbah wanita lebih ramai lagi dari kaum lelaki.memang tak cukuplah kan gerabak wanita lagi-lagi masa kemuncak..

sakit hati betul lah dengan komuter..hei..orang dah penat-penat, dia nak wat kecoh pulak..time makcik tu jerit-jerit macam tu, lelaki-lelaki yang dalam gerabak ni duk pandang “kerek” je kat makcik tu..

semalam sempat juga tengok komuter baru di uji..ada 6 gerabak semuanya..dan sememangnya laju wooo…saya tahu komuter akan beza-bezakan gerabak dengan mengikut kaum wanita , kaum lelaki dan juga gerabak untuk family..

terpanjang pulak entri ni..yelah, tak puas hati dan marah punye pasal..

**saya bukan menghina orang kampung..saya cuma marahkan budak-budak yang bising tu je**harap maklum!

7 ulasan:

maisyara Pot! Pot! berkata...

lempang je lelaju. kalau la makcik tu pandai buat flying kick, kasi je. xD

fatimah arr berkata...

adoiiii..xsanngup den pasniyh nak nek komuter waktu puncak..

amar haziq berkata...

biasalah..excited datang kl
saya orang kampung
saya pun macam tu
tapi tak ada lah smpai nk cakap kuat2..huhu

jenguk2 lah blog saya k ;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com

r-mean berkata...

dugaan~

butterfly berkata...

maisyara Pot! Pot! : kalau tgn ni panjang..dh lempang je die laju2..


fatimah arr : more adventure taw lepas ni klu naik train..

asna cute berkata...

hahahahahah GILEEEEE + GELIIIII~

butterfly berkata...

asna salah komen..

=]