29.6.10

pengalaman yang tak dapat dilupakan dalam hidup;)

hai semua...


terima kasih buat yang sudi lagi singgah blog saya.. walaupun saya dah beberapa hari tak jenguk blog korang.. berukband dah kena barr... takde duit mahu bayar.. sobss.sobss.. tunggulah nanti kot-kot ada belas ihsan dari sesiapa.. heee~~ [macam ada orang nak tolong!]

kat ofis ni boleh on9..tapi PC saya belum dapat lagi..sebab PC lama banyak dah rosak..so, my bos tengah tunggu delivery PC baru.. haa, lepas tu boleh on9 sampai lebam kalau takde kerjalah.. tapi seminggu dua ni busy sikit..yelah, ni kan benda baru,,banyak benda nak kena saya pelajari..fahami..

kadang-kadang saya fikirkan.. orang yang kelulusan SPM tu lagi bagus dari saya.. yelah, even diaorang tak pergi universiti or kolej.. tapi knowledge diaorang lagi bagus dari saya.. dan diaorang lagi pandai buat benda yang saya belajar dulu.. contohnya; akaun, managing financial resource dan taxation.. diaorang tak payah pun macam saya dulu.. hafal rumus bagai.. semata-mata nak lulus exam ataupun nak buat assignment.. lucky them.. kan??

bekerja ni jadikan saya lebih fasih berbahasa inggeris sebab customer kebanyakkannya memang tak faham langsung bahasa malaysia ni.. kalau dulu, even lecure tu tak faham bahasa malaysia pun dia still boleh agak apa yang saya katakan.. yang ni.. macam ayam dengan itik berbahasa.. mujurlah bahasa inggeris saya still boleh pakai..

saya kerja ni nak timba pengalaman..sebab my auntie said; even kalau orang tu dapat 4flat pointer tapi saya dapat 3.00..saya akan di beri kelebihan sebab saya ni ada experienced.. so, why not bermula dari bawah right..? some people said i'm stupid because terima kerja yang tak setaraf dengan kelulusan saya.. tapi tahu tak; result last sem tak keluar lagi..dan sekarang ni susah nak cari kerja..!

even kerja yang tak setaraf dengan kelulusan..but i'm satisfied because i can get the level of salary i want.. :) 

7 ulasan:

jeBateja berkata...

Betul lah Kak Long...ada sijil tinggi mengunung tahapnya...tanpa pengalaman...kita macam daun getah yang kering je...tak de makna....

Den suka kalau org yg belajar tinggi sanggup mencemar duli menimba pengalaman dari bawah...pengalman tu mahal harganya...mana taw dapat jawatan baik nanti...den amat pasti...hang leh jadi Bos yang baik...sebab kat kilang ni...den dah tgk hal2 mcm tu...

♥ ♥ berkata...

btl tu kak..
sy setuju...
hehehe...

Cik Siti Hajar berkata...

jeBateja : menimba pengalaman tu utk pengetahuan bila jadi org besar..

Cik Siti Hajar berkata...

♥♫♥EiRa♥♫♥ : hehehe,..thx setuju..

Unknown berkata...

kepandaian seseorang bukan diukur pada kelulusan tp daripada pengalaman.

pengalaman lebih baik daripada apa yg kita belajar secara teori masa belajar dulu.

saya pun tak belajar tinggi mana.

SadiyanaSadikin @ $$ berkata...

BEST NYE DPT GAJI MAHAL,,

Aesya Zealous berkata...

timba pengalaman itu penting! hii~