21.7.11

Wanita lebih bertanggungjawab dari lelaki?

sumber berita harian online.

Berita harian semalam ada mengatakan fakta bahawa kaum hawa di Malaysia menduduki tangga ke 16 paling stress di dunia... 

tangga ke 16 tu... bukan paling bahagia.. tapi paling stress.. jom kita huraikan 1 per 1 faktornya..


1) terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan.
betul! perempuan terlalu menjaga hubungannya.. sedangkan lelaki hanya duduk tengok sahaja!
gambar sekadar hiasan!

2) Mengambil serius persepsi orang lain terhadap dirinya dan keluarga..
mestilah kena amik serius.. sebabnya itu macam maruah diri dan keluarga juga..betul tak?

3) Bekerja kuat untuk mendapat pengiktarafan daripada majikan.
yes! it's true.. diri saya sendiri memang begini.. saya kerja kuat dan berhempas pulas untuk mendapat pengiktarafan dan jugak kenaikan gaji..eheee~~ kalau naik pangkat lagi bagus.

4) terlalu serius terhadap pelajaran anak-anak.
takde anak lagi lah.. no komen..tapi kan pelajaran anak-anak tu penting..so, kenalah take it seriously..
"zai anak makcik kiah.. masuk uitm..ko pun kena jugak masuk uitm tu!"
biasa dengarkan..?? 
 
5) Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga
oh.. takde jawapan bagi fakta ini..;p walaupun bekerjaya tapi perempuan kena tengok rumah, anak-anak, suami lagi.. memang banyak tanggungjawabnya!

6) Terlalu dikongkong keluarga.
mungkin ade yang dikongkong.. tapi tak semua kot.. biasalah, perempuan kenalah dikongkong sikit.. tapi bukan yang melampau..

7) Berhenti kerja untuk menjadi suri rumah.
bagi saya yang ni memang boleh buat kita bertambah stress..cuti seminggu pon saya dah bagai nak gila..tak tahu nak buat apa.. my mum pulak kalau cuti lama-lama dia akan pening kepala.
tapi insya'allah lepas dah ada anak nanti saya nak fikirkan bekerja dari rumah..buka bisnes sendiri. 


harap-harap tahun 2020 nanti perempuan malaysia adalah perempuan paling bahagia dalam dunia..amin~~~


## pic sumber google.

1 ulasan:

Pyka Rahmat berkata...

setahu pyka, beban menjadi seorang lelaki lagi berat dari perempuan. hehe tapi kenapa lelaki boleh kawal tekanan?