5.12.11

Resepi Ikan Taucu.

saya tak tahu lah kalau korang pernah makan ke tak masakan taucu ni.. taucu ni ada jual kat kedai-kedai ye... resepi ni amatlah mudah bagi yang baru belajar masak tu boleh try.. simple tapi sedap..:)


taucu

sumber google.




Resepi :
Bahan-bahan:-
4 ekor ikan selar atau kembung 
2 biji bawang besar**
5 ulas bawang putih**
 
1 cm halia**
2 batang serai di ketuk
2 batang cili merah ==> di hiris
10 tangkai cili padi ==> boleh kurangkan kalau tak makan pedas
1 bungkus taucu
2 sudu besar sos tiram
sedikit air asam jawa ===> kalau nak kuah banyak boleh lebihkan..
Bahan bertanda ** di mayang halus atau di hiris halus ye..
Cara-caranya:
  1. ikan di kunyitkan dan di goreng. kalau nak dapatkan ikan yang ranggup, kena goreng dengan api yang besar. kalau nak ikan tu rasa lembap, api perlahan dulu kemudian baru besarkan.
  2. Minyak goreng ikan tadi, amik dalam 3 sudu besar, panaskan.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia..
  4. Bila bawang dah layu, masukkan serai, cili merah dan cili padi.
  5. Kacau sehingga naik bau baru masukkan taucu. Perlahankan api ye.
  6. Agak-agak taucu tu dah mesra dengan bahan tumisan tadi, masukkan sos tiram.
  7. Kemudian masukkan air asam jawa. kalau korang nak kuah yang banyak, korang boleh masukkan air asam yang banyak ye. air asam ni jangan pekat, nanti masam.
  8. masukkan ikan yang dah digoreng tadi.
  9. api tu still perlahan untuk buat kuah tu mesra dengan ikan.
  10. masukkan sedikit gula untuk mengimbang rasa.
  11. kuah dah menggelegak baru tutup api yea.

Peringatan : jangan masukkan garam ye! sebab taucu dan sos tiram tu dah masin.. kalau nak masukkan jugak elok rasa dulu.



makan dengan nasi panas..:)



3 ulasan:

Diary Of One berkata...

terkecur wehhh tgk resepi ni. rs nak suh mak buat bl blik ipoh nanti..

FiQaH berkata...

Hi. thanks for the visit. Ikan masak taucu ni time sekolah asrama dulu selalu makan. sekarang dah jemu. huhu

dhiera berkata...

kurang suka makan taucu sebab dia macam masin-masin~