semalam seharian duk kat rumah je.. sebab hari sabtu tu, puas dah merayap...:) sebab ibu pun takde, maka dengan sopannya saya bangun lambat.. hikhik.. opsss!! ala, nak bangun lambat sekali sekala kan..
bila bangun dah pukul 11.. sure punye kelaparan.. selalu kat ofis pukul 8 dah pulun breakfast dah.. segera lah pergi tengok dalam fridge ade apa-apa taj yang boleh di masak.. bahan utama mi kuning.. nak goreng dah jemu.. muakss! buat sup pon sama.. maka dengan kreatif sebab perut lapar, saya buat mi hailam.. simple je mi ni, sebab tak de banyak bahan... guna segala mende yang ade je..
simple but nice..
eceehh..
close up sikit..
Bahan-bahan :
1 paket mi kuning
1 ikat sawi
1 batang carrot
6 ulas bawang putih -- tumbuk halus
1 biji bawang merah -- tumbuk halus
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1 ketul kiub ayam
3 biji telur
beberapa ketul ayam
kicap secukupnya.
Cara-caranya:
- Tumis bawang besar dan putih yang dah ditumbuk lumat sehigga garing.
- Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga cili menjadi garing.
- masukkan sos cili, sos tiram dan jugak sos ladahitam, kacau rata..kecikkan api..
- masukkan air, ikut koranglah nak kuah banyak mana.
- masukkan kiub ayam tadi dan jugak ketulan isi ayam..
- masukkan kicap, tengok tahap kehitaman kuah ye.. kalau apaki kicap pekat, jangan taruk banyak, saya pakai kicap cair, kena taruk banyak.
- bila dah mendidih, masukkkan sayur sawi dan carrot, pastikan potong kecik-kecik ye.
- Bila dah empuk sayur tu, masukkan garam dan bahan perasa serta bancuhan tepung jagung tadi.
- pecahkan telur dan masukkan mi kuning.
- Agak-agak mi dah mesra dengan kuah tu, bolehlah tutup.
- Hidang dnegan bawang goreng, fuhh! terangkat.
kalau ade cili padi pon boleh masukkan,.
saya jarang sukat bahan-bahan dengan betul.. selalu men campak-campak je sesuka hati..
selamat jamu selera!
3 ulasan:
sedapnyer..tetibe je lapor..:)
Menyelerakan. Nanti InsyaAllah lah saya cuba.
hamboi la pepagi ternampak ni..lapaq oi lapaq.haha
Catat Ulasan