“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”
“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”
sumber google
1. Elakkan keluarkan duit dari bank lain. Maksudnya kalau kamu guna maybank, tapi keluarkan duit di atm CIMB. Sebab nanti anda akan di charge RM1.00 untuk sekali pengeluaran. Banyangkan kalau dalam masa sebulan anda di charge RM5.00 – RM10.00. cukup untuk beli top-up dan juga beli makanan.
2. Seminggu sekali cuba check syiling yang ada dalam poket baju, seluar atau dalam handbeg anda. Masukkan dalam tabung. Sikit-sikit pun ada jugak kan kalau nak guna time terdesak?
3. Buat yang bekerja tu, sebelum makan tengah hari di luar, anda minum dahulu air kosong. Minum dalam segelas. Ini adalah untuk mengelakkan nafsu makan anda menggelodak. Dengan air kosong yang anda minum, cukup buat rasa perut anda tak lapar dan nafsu makan berkurangan.
4. Jangan bawa duit yang lebih semasa rehat. Sebab , bila ada duit lebih, mulalah rasa nak makan macam-macam, nak beli yang macam-macam. Bukan ikut keperluan tapi kehendak. Kalau sehari anda menghabiskan around RM10 – RM15, cuba darabkan dalam dengan 22hari bekerja? Haa.. bulat mata tengok jumlahnya.
5. Hadkan perbelanjaan makan tengah hari around RM6.00-RM8.00. so, anda dapatlah berkira-kira apa yang anda mahu makan.
6. Balik kerja jangan singgah shopping complex atau pun kedai. Sedikit sebanyak anda mungkin akan pasang niat untuk membelikan?
7. Isi minyak kereta full setiap hari Isnin. Baru dapat bajet berapa RM yang diperlukan untuk seminggu pemanduan. Dan juga panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan. Ini memang dapat membantu anda menjimatkan minyak. Kalau ada kawan yang duduk satu kawasan tu, sharelah kereta, boleh share minyak, toll dan parking. Jimat duit. Kebersihan alam sekitar pun terjamin.
8. Nak mudah simpan duit, kalau korang ada simpanan ASB @ Tabung Haji.. Buat potongan bulanan, meaning, tolak siap-siap masa dapat gaji tu.. you all boleh suruh HR Dept buatkan untuk korang.. senang, tak nampak duit nya.. selamat masuk akaun..
9. Nak lagi jimat? Bawak je bekal ke tempat keje atau ke kampus.. memang jimatlah.. jangan pulak dah bawak bekal pon masih lagi membeli..
10. Buat bajet bulanan, dan cuba untuk memenuhi bajet yang ada buat tu.. jangan lebih dari bajet.. so, dari situ kita akan dapat tengok macam mana kita membelanjakan duit kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan