11.4.12

Nak kahwin? Dah cukup syarat ke?


Bila cerita pasal kahwin.. wahh.. memang seronok kan.. lagi-lagi bila ramai kawan sebaya kita dah kahwin kan.. jangan ingat kahwin tu seronok je ye kawan-kawan.. Meh kita tengok pengertian perkahwinan dalam Islam.
Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Pada yang nak sangat kahwin tu, kena check syarat dah cukup ke tak..

Syarat-Syarat Calon Isteri
1.    Bukan mahram dengan bakal suami.
2.    Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”.Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.
3.    Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
4.    Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
5.    Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

Syarat-Syarat Calon Suami
1.    Bukan mahram dengan bakal isteri.
2.    Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
3.    Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua  orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
4.    Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
5.    Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
6.    Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.


Ni semua info untuk kita kongsi bersama ye.. hasil google ni..

Nak kahwin tu memang seronok.. tapi tanggungjawab lepas kahwin tu berat.. even dah bercinta lebih dari lima tahun pon, kalau duduk sebumbung baru keluar semua perangai jelik ke pelik ke yg pasangan kita ada kan? Jadi, banyak pertimbangan yang kena dibuat sebelum melangkah ke alam tu..

Apa pon, kahwin awal memang seronok.. dan banyak manfaatnya.. ustazah Bahyah pernah bercakap, perkahwinan di usia muda banyak keberkatannya.. dan mereka yang berkahwin di usia muda secara tak langsungnya dapat mematangkan pemikiran mereka.. saya setuju sangat-sangat..

Sekarang ni kan ada perumahan satu Malaysia kan? Ke namanya lain erk? Apa pon kalau nak ambil loan macam tu, kurang membebankan jika kita berkongsi dengan suami kita.. bayangkan, below 30 years old you all dah ada rumah sendiri.. kira asset kan? Iyea, nak bayar bukannya mudah, tapi at least susah payah tu akan membuahkan hasil.. nak-nak harga rumah sekarang ni mencanak-canak tingginya..

Kalau ada rezeki insya’allah saya nak kahwin sebelum usia 26tahun.. tapi kalau dah jodoh saya tak sampai lagi.. saya redha je.. tapi doa ibu tu selalu di makbulkan Allah kan? Hehehe.. yes, my mum always pray for me.. dia doakan supaya saya cepat-cepat kahwin..
Tak mencari lelaki yang kaya, cukuplah yang punya perasaan dan juga yang mempunyai pekerjaan tetap. Nak bina keluarga ni bukan mudah.. kena ada tolak ansur dan perasaan understanding yang tinggi.
hasil google.

Tiada ulasan: