23.4.12

Perancangan di masa hadapan.


Lama tak post pasal personal life kat sini. Sebab munasab nya saya tahu ada beberapa orang yang stalks pasal life saya kat sini. Tak suka kita tapi nak ambil tahu juga pasal kita, kenapa ye? 

Sekarang ni life Alhamdulillah, semuanya ok je.. Semua yang berlaku dalam hidup saya tiada sebarang masalah besar. Masalah kecik tu tipulah kalau kata takde. Life is not perfect. 1 month from now I will turn to be 23years old.. ouch…! Getting older and matured. 

Bila dah nak masuk umur 23tahun ni, haruslah kena fikirkan masa depan. Harus buat perancangan yang teliti walaupun tak semua yang kita rancang tu akan berlaku kan? Tapi sekurang-kurangnya ada jugak perancangan bagi mengelakkan kekecewaan di masa hadapan kan? 

Saya tetiba merancang untuk menukar kereta.. hehehe.. biasalah, darah muda kan?? Padahal myvi tu baru 2years kot… saya aim nak tukar kereta lagi 2 3 tahun lagi.. nak beli kereta besar sikit lah.. maybe Vios, Honda ataupun yang tempatan proton Inspira je.. tapi kena jugak tengok keadaan kewangan pada masa itu..kalau tak mampu, takpe.. Myvi tu pun dah ok..





Tapi dari beli kereta baik beli rumah kan? Adik-beradik saya semua perempuan, nanti semua dah kahwin kena ikut gerak suami tercinta. Jadi saya plan nak beli rumah untuk parent saya. Memang sekarang parent dah ada rumah, tapi rumah flat yang kena naik tangga. Tiada lif. My parent getting old dan of course tak larat nak naik tangga tu kan. Jadi saya plan beli rumah dan biarkan my parent duduk. Insya’allah, kalau ada rezeki nak beli rumah teres. Nak corner lot. Boleh besarkan rumah atau tanam sayur-sayuran. Tak pernah lagi ada pengalaman menanam sayuran. Dah mula nak berangan dah ni.. muahahaha=]


dan kalau jodoh saya lambat, saya dah pasang niat nak pergi buat umrah. Saya teringin sangat nak pergi sana. Ramai kawan saya dah pergi sana, parent mereka bawak. Parent saya tak mampu nak bawak saya pergi sana, so, I have to go by myself. Nasib manusia tu berbeza-beza. #note to myself.

Perancangan untuk kahwin? Tak nak rancang lagi as I don’t have any future husband now. Walaupun jeles dengan kawan-kawan yang dah tunang, dah kawin dan sudah memiliki anak. Siapa tak jeles kan? kalau tak jeles tu sah kau tak normal!

 untung kan orang berkahwin muda..


Saya buat perancangan juga untuk belajar benda-benda basic sebagai perempuan. Saya nak ambil kelas asas jahitan, kelas Andaman dan juga bakeri. Tapi bakeri tu insya’allah saya boleh buat tanpa kelas. Kelas jahitan sebab sekarang ni hantar buat baju kurung pun dah RM40.00.. pergghh.. akan datang berapa pulak harganya kan? Lagipon, saya taknak kerja seumur hidup.. ingat lepas kahwin dah stabil  financial family saya nak duduk rumah.. kerja dari rumah lah.. boleh jaga anak sekali kan??


Tengok… saya ni kalau planning.. memang banyak plan akan keluar, yang menjadinya tak tahulah berapa percent.. harap semuanya menjadi mudah. 




pic takde kena mengena. 




perancangan tu perlu supaya hidup tak huru-hara dimasa akan datang.!

2 ulasan:

Ahlam Miera Amirul Shafie berkata...

amin..moga apa yang diimpikan itu menjadi kenyataan...insyaAllah..Ahlam dtg membalas kunjungan anda.. ^-^v

Cik Siti Hajar berkata...

insya'allah....

:)