31.5.12

31hb = 31% diskaun

hari ni 31hb... kejapnya masa berlalu.. tup-tup dah jumpa Jun dah... haishhh... tahun ni rasanya memang laju gile lah.. kejap je dah setengah tahun di tahun 2012...

since today is 31st, jom ramai-ramai serbu Baskin Robin. 


Bulan March hari tu, tak sempat nak pergi... hari ni semangat nak pergi!!


30.5.12

29 Mei = My Bufday..

assalammualaikum...

lama tak menulis di sini...alhamdulillah, semalam 29Mei tiba lagi.. dan saya genap berusia 23tahun.. syukur diberi peluang hidup sehingga kini... terima kasih untuk semua ucapan dan doa kalian.. Insya'allah akan dimakbulkan..



google


saya tak dapat kek or hadiah.. buat kek sendiri je.. untuk kepuasan diri sendiri.. selalu tiap-tiap tahun saya beli hadiah untuk diri sendiri..kira macam appreciate diri sendiri lah.. tapi tahun ni tak beli apa-apa pon.. tak taulah kenapa.. sebab takde benda yang teringin lagi rasanya... mungkin nak pergi spa laa.. 

google

22.5.12

Resepi Masak Lemak Cili Kering Ayam.

biasanya weekend saya memang akan masak untuk family.. sebab weekdays adik atau ibu yang masak.. ala, kekadang pun balik kerja saya kena masak.. adik beradik saya semuanya memang tau masak, tapi rasa tu agak kurang lah.. kira juara masak kat rumah saya lah orangnya.. adik nombor dua memang chef, tapi dia kalau nak amsak ikut mood je, takpon dia masak western je... rasanya, tanya mana-mana chef pon, memang jarang masak kat rumah kan?

so, minggu lepas ari ahad saya masak lemak ayam. tapi kali ni berbeza sikit, bukan masak lemak cili padi tapi masak lemak cili kering..




Resepi Masak Lemak Cili Kering Ayam.


Bahan-bahan
  • ½  ekor ayam, dipotong ikut suka
  • 250ml santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa
  • 1 sudu kecil gula
  • asam keping
  • minyak secukupnya
  • Bahan untuk dikisar
  • 5 batang cili padi merah à nak pedas tambah lagi
  • 20 batang cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup à kalau takde guna serbuk kunyit
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Kalau boleh minyak tu jgn lebih-lebih ye. Masukkan bahan yang telah dikisar Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
  2. Masukkan santan dan air, gunakan api yang kecil.  Masukkan ayam sekali beserta dengan sedikit garam. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Kena kacau selalu bagi menggelakkan kuah pecah minyak.
  3.  Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan asam keping dan juga tomato. Asam keping memadai letak sekeping sahaja. Masukkan serbuk perasa dan gula. Kena rasa garam dia dulu kalau nak tambah, sebab tadi dah masukkan garam.
  4. Lepas tomato sedikit layu, tutupkan api dan hidangkan. Siap!

Memang lain rasa dari masak lemak yang selalu... try lah!

21.5.12

Ciri-ciri lelaki yang layak untuk dijadikan suami.

copypaste from FB

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan. - takde keta pon xpe.. sebab saya dah ade keta.. janji ada motor.. :)

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.- kena pastikan sebelah rumah takde awek cun!

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk. - biar berbeza tapi memahami.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.- haruslah sopan santun dan tertib.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. - hurmm..biarlah ada pelajaran, senang nak didik anak-anak..

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe. - masak untuk lepas perut die je pon takpe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu. - ni wajib ade! kang siapa nak tolong jaga anak?

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

mumble on monday

assalammualaikum...

masuk ofis pagi ni, laju laju bukak blog.. almaklum, kredit broadband sudah expired.. tunggu dapat gaji lah jawabnye yea! rindu pulak kat blog... =) **gediks!

semalam dapat call dar bff sekolah, wani a.k.a kambing.. dia nak kahwin bulan 7 nanti.. huwaaa... bestnyeee!! nak nages mak.. rasa gembira plusss sedih.. awat tahun ni pakat ramia-ramai naik pelamin? janganlah tinggalkan daku keseorangan... 

hari ni both of my boss takde kat office.. but they did left me work to do.. ouch.. actually tengah busy ni tapi buat-buat tak busy..perut pulak berkeroncong... breakfast nesvita je.. perut ni kalau nesvita tu, setengah jam je kenyang... ahahahaha....

sebenarnya ada benda nak di ceritakan... tapi lupalah nak cerita apa... nantilah buat entri lain...


18.5.12

Doa untuk jodoh.


Doa saya pada hari jumaat ini.. tapi, "dia" dalam doa tersebut.. siapa? i have no one.. :(

17.5.12

Tempat paling teringin nak pergi.



Secara jujurnya saya dah hampir dua tahun tidak menjejak kan kaki di masjid. Kebelakangan ni saya rindu sangat dengan rumah Allah ni.. tak tahu nak cakap macam mana.. tapi hati saya meronta-ronta nak pergi sana.. saya selalu masuk masjid berteman, I mean ada orang bawakkan.. kalau surau tu dah selalu lah… yelah, kita ni di ciptakan oleh-Nya, secara logiknya rohani ni nak masuk tempat yang tenang lagi mendamaikan tu… 


 google


Saya teringin sangat nak pergi sini… anyone can bring me here? (padahal ada kereta sendiri, nak jugak orang bawakkan!) iyea, saya tahu, saya ni orang selangor dan masjid ni memang boleh pergi bila-bila masa tapi honestly saya masuk masjid ni kali pertama dan terakhir masa tadika. pity me!


Sesiapa nak temankan saya masuk masjid ni jangan malu-malu nak aturkan date dengan saya.. saya berbesar hati sangat-sangat kalau ada yang mahu menemani. 

berangan mahu di ijab qabul dalam masjid ni. =) 

16.5.12

Selamat Hari Guru dan Kenangan Zaman Sekolah


Selamat Hari Guru pada semua yang bergelar guru.

Saya memang tabik spring pada semua guru sebab mereka ni punya sifat kesabaran yang amat tinggi. Ingat senang tugas mendidik ni? Dapat anak murid dengar kata takpe jugak.. dapat anak murid spesis macam saya ni? Hahahahha… nampak nau lah saya ni “baik” sangat masa zaman sekolah dulu kan? 

Eehhh.. sungguhpun saya “baik” sangat dulu, tapi takde rekod displin yang buruk ye! Alhamdulillah, tak pernah lagi kena panggil dengan guru displin. Almaklumlah, dulu pengawas.. ahahak.. saya jadi pengawas dari darjah 3 sampai darjah 6.. sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Gila kuasa betul kan? 
 
Saya paling kenang zaman sekolah rendah.. sebab ramai sangat kawan-kawan dan rumah kawan pun dekat-dekat je. bila saya masuk sekolah menengah.. saya tak ramai sangat kawan.. dan rumah mereka jauh dari rumah saya.. selalu kalau ade discussion atau study group, sayalah kena ke rumah mereka.. sebab rumah saya jauh. masa sekolah rendah ni memang nama saya famous dikalangan guru-guru dan jugak kawan-kawan...

Sepatutnya saya masuk sekolah menengah seksyen 16, sebab memang sekolah tu yang di berikan lepas abis UPSR. Saya dapat keputusan baik dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) , dapat tawaran masuk sekolah agama. Satu di klang satu lagi di kalau tak silap di Kuala Selangor. Tapi saya refuse taknak pergi. Ingat lagi masa tu, kena marah teruk dengan parent.. hehehe.. :p kemudian abah masukkan saya Sekolah Menengah (Perempuan) Bukit Kuda. Sebab utamanya, masa saya sekolah rendah saya berkawan dengan ramai sangat budak-budak lelaki. Jadi perangai perempuan tu, kurang. Bukan takde, tapi kurang sangat lah.. siapa yang kenal saya dari kecik memang tahu lah.. 

Saya masuk sekolah tu, dengan tak kenal siapa-siapa pon. Tapi nasib baik ada 2 3 orang jugak kawan sekolah rendah yang bersekolah disitu. Lucky! Dan dari pada peramah & nakal, saya berubah menjadi pendiam. Bukanlah totally 100% pendiam. Tapi lain sikitlah dari sekolah rendah dulu. Saya masuk kelas depan, jadi mereka asyik belajar belajar dan belajar. I’m not that type of person. So, takde aktiviti gossiping langsung! Bored! Tapi bersyukur jugak, bila dalam environment macam tu, secara tak langsung kita belajar. Masa form3, kan nak PMR , cikgu yang ajar math laju je.. dalam kelas tu ramai student chinese, melayu ada 8org je kalau tak silap. Saya pulak jenis lembap math. Memang salin je apa cikgu tulis, padahal satu hapa tak faham. Kebetulan yang duduk sebelah saya tak ramai kawan, sebab die pendiam tapi pandai! Alhamdulillah, dia membantu saya.

Kenangan form 3, dapat teacher yang garang sangat dan saya kena duduk depan dia every time masa English. Selalu kena panggil dengan dia time jawab essay. sebab grammar saya memang lintang pukang. tapi sebab dia buat macam tu, saya score A dalam PMR. sampai my parents pun tak percaya..:)

Dapat keputusan PMR, masuk Sekolah Teknik Klang. Bila dah 3 tahun sekolah perempuan.. masuk teknik, sumpah! Saya macam jakun..jakun tengok student lelaki pergi sekolah... hahahah.. lepas tu takut.. sebab kat teknik ramai sangat pelajar lelaki.. hehehe.. 

Kat teknik ni saya dapat balik diri saya.. cehhh.. dapat balik kan? Jadi kepochi.. hahaha.. kawan-kawan yang sekepala.. paling best moment kat teknik. Nama je kelas perdagangan tapi akaun tak tau apa-apa.. sampailah nak SPM, baru belajar bersungguh-sungguh..dan result untuk prinsip perakaunan tu memang tak ku dugalah.. Alhamdulillah sangat-sangat..kalau belajar betul-betul mesti dapat A.. dalam kelas makan karipap, bihun Singapore, sambal tempe jawa.. hahaha.. time cikgu mengajar.. 

Masuk kolej, pulak.. dapat kelas dengan budak-budak pandai lagi.. **sigh** macam library bergerak dah.. apa je saya tanya, insya’allah dapat jawapan. Lepas tu bila tengok result dorang gempak-gempak.. adoiyai.. malu okey! buat assignment panjang menjela.. saya punya assignmnet nak dapat 15 muka surat pun seksa nak cari bahan.. Apa pon, dapat jugak saya grad on time.. takde delay-delay.. 

Saya bersyukur sangat atas apa yang cikgu-cikgu pernah buat kat saya.. bagi ilmu, berusaha memberi saya kefahaman.. dan saya jadi manusia sekarang ni.. walau saya tak menyandang jawatan polis, guru, jurutera ke.. tapi Alhamdulillah saya dapat jawatan yang baik. Sampai sekarang cikgu-cikgu masih lagi ada yang kenal saya.. nampak sangat famous kan time sekolah dulu.. 



kalau kot-kot cikgu ada bukak blog ni.. mesti cikgu terharu kan? hehehe...

15.5.12

Monolog aku.


Aku tak tahu kenapa rasa sedih sangat dari semalam. Mood rasa down sangat-sangat. Nasib air mata tak menitis lagi. Tapi dalam hati dah banjir dah sebenarnya. Why must I being sad? I really don’t know. 


Saat ini aku mahukan bersendirian di tepi pantai.. 




tiap kali nak dekat tarikh lahir, mesti aku rasa macam ni. apasal eh? penyakit alih umur ke hape erk? macam baby pulak.. iskkk.. awatnye ni.. 

hormon sedih sila musnahkan diri anda.. hormon gembira sila beranak pinak dalam badan ni...


 google

11.5.12

Perhubungan 3K.

Sebuah perhubungan terdapat 1001 rasa. Hanya dapat dirasai oleh mereka yang terlibat dalam perhubungan tersebut. Tak semua rasa dapat diluahkan dan dikongsi. Hanya orang yang mengalami sahaja faham apa yang mereka rasa. Bak kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Dari dulu saya percaya prinsip sebuah perhubungan adalah 3K. Kepercayaan, Kejujuran dan Kesetiaan. Pernah ada seorang teman bertanya pada saya, jika disuruh pilih satu sahaja dari 3K ni, apa yang saya pilih? Lama saya memikirkan apa yang saya mahu pilih. Tapi maaf, 3K ni tetap tak dapat dipisahkan. Jika ada kepercayaan tapi tiada kesetiaan? Apa gunanya? What if pasangan beritahu “saya sayang dengan awak, mana saya pergi saya beritahu awak, tapi saya ada makwe lain..” how? Jujur but tak setia. Susah jugak kan? 3K ni saling berkait rapat. 

 google


Benar orang cakap, mana ade manusia tak menipu? Tapi, bagi saya, kalau saya sayangkan orang tu, segala-galanya saya ceritakan pada dia. Saya mahu berkongsi. Orang lain saya tak tahu. Biarlah orang nak kata saya berfikiran kolot, old school ke sebab saya nak merasai sebuah perhubungan yang tulus ikhlas dari seorang lelaki.


 google

Mencari seorang suami tak mudah seperti mencari seorang teman lelaki.