25.6.12

Jodoh terbahagi kepada 3.

Kebelakangan ni saya banyak membaca.. untuk mengisi ilmu di dada dan jugak unutk menambah ilmu pengetahuan.. baru saya tahu bahawa jodoh terbahagi kepada 3 bahagian..


1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut. (Kahwin sebab terpaksa)

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan. (susah nak buat yang ni, bercinta lepas nikah..)

sumber : Myhazman

Pandangan saya menurut jodoh dari syaitan, apa pun takdir kita, kita kena berusaha dan tawakal kan? jadi, kalau kita lakukan benda slaah, maka takdir kita jadi seperti itu la.. apa pun, lepas kahwin kena redha tentang segalanya...=]

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]


renungan bersama...:)

sumber : google


1 ulasan:

Eta berkata...

pernah dengar pasal jodoh nie dalam cite syurga cinta...