Post terbaru : Bajet Perkahwinan Bagi Golongan Berpendapatan Sederhana 2016
Saya tengok keyword kat nuffnang ramai yang cari info pasal bajet perkahwinan.. nampaknya ramai ni yang nak kahwin kan?? Saya belum lagi yer.. hihihi… doa-doakanlah..
Saya pernah menulis pasal ni.. pasal bajet perkahwinan untuk mereka yang berpendapatan sederhana...;p
Itu saya copy paste.. sekarang ni jom ler kite renung dan tenung serta berfikir sejenak.. bajet yang sebenar-benarnya.. Sharing is caring.. even though I'm not marry yet but I'm always read others blog and listen from others experience.
Kos # 1 – Maskahwin
-
Kalau
negeri Selangor RM300..
Ni
senarai penuh untuk negeri2 lain
Kos # 2 - Duit Hantaran
Sekarang ni hantaran rata-rata yang saya dengar
RM10,000 laa kan sekarang.. kalau nak iku level.. mau ramai lelaki bujang je..
nak kumpul duit sekarang ni kan agak payah sikit.. ada yang bagi
separuh-separuh.. ada yang bagi sekaligus..
Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan
dan lain-lain.
Barang kemas ni seelok-eloknya beli sikit-sikit..
kalau sekali semua pun boleh, tapi bagi yang tak mampu nak sediakan sekaligus
kenalah beli sikit-sikit.. macam cincin tunang, tanya kat kedai tu.. macam
kedai emas Wah Chan, mereka ada sediakan cincin tunang yang kos nya tak berapa
mahal sangat.. dan kadang-kadang dapat free cincin belah roan.. boleh buat
cincin merisik.. dah jimat kan?? Kena rajin tengok promosi kedai emas.. sediakan dalam RM1000.. kot2 dapat sekali beli
gelang buat batal air sembahyang nanti.. kan..
Kos # 4 - Barang hantaran lain
Untuk barang hantaran, kalau nak jimat. Bagi semua
time bertunang je.. bila menikah nanti, tak payah dah bawak hantaran.. senang
kerja bakal pengantin.. nak kena fikir pasal hari besar ni bukan mudah kan?
Jadi kalau benda boleh permudahkan, kita permudahkan lah.. Kos barang hantaran
dalam lingkungan RM1000. Barang
pulak jangan lah bagi kamera sejibik.. memang tak cukuplah bajet kang…
Kos # 5 - Baju nikah
Untuk baju nikah, jangan lah korang pergi beli kain
kat jakel nun.. memang mahal lah kakak-kakak yer.. beli lah kat kedai kain
biasa.. pergi tengok kat jalan TAR tu.. bersepah-sepah kedai kain.. kos dalam RM
800 siap jahit sekali .. selalu
baju nikah ni orang buat yang simple.. tak sarat mana kan.. saya pernah baca
dari blog b2b.. yang kalau nak tempah baju nikah kat tailor.. cakap baju raya..
kalau kita cakap baju nikah, dorang akan extra charge..
Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ni sanding ni sewa je.. kita bukannya pakai
lagi pun baju ni..setahu saya ada kedai yang ada promosi pakej..
Pelamin,Andaman,Baju pengantin dan juru gambar = RM3000 – RM4000
Pilih pakej yang mampu kita bayar dan tak rasa membazir..
Kos # 7 - Mekap
Kalau nak amik berasingan , MUA selalu chage
RM500.. tak termasuk kos transport.. bagi yang memnag bajet kecik tu, amik je
pakej sekali ye..
Kos # 8 - Set Pelamin
Pakej..
Kos # 9 - Jurugambar
Kalau nak ambil berasingan ataupun tak de pakej
jurugambar, selalunya haga bemula dari RM1000..
yang ni kena runding betul-beul dengan juru gambar.. takut ada kos
tersembunyi..
Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda
bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri
masing-masing.
Kos sekitar RM 150.
Kos # 11 Kad Jemputan
Kad jemputan ambil kos yang bawah RM1. Anda kena
ingat yang kad jemputan ni hanya pening untuk menjemput dan juga peta ke rumah
anda.. selepas itu kad akan dibuang. Jarang sekali ada yang menyimpan kad
jemputan ni.. kan? Kalau buat kad 500
keping bermakna jemputan anda adalah 1000 orang.. lagi banyak kad yang
diedarkan.. lagi banyak jemputan yang akan datang.. anggaran dalam RM 500. Kalau
buat teman yang rapat mungkin boleh jemput thru fb kan.. jimat kos.. tapi kena
ade list name lah untuk jemputan fb.. supaya makanan yang disediakan
mencukupi.. kang main jemput je.. haa.. makanan tak cukup mesti rasa ralat
kan..
Total RM17,000
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.
Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja
hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Kalau
sewa khemah pulak, janganlah nak yang grand.. lagi grand khemah lagi banyak
duit keluar..
Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai
untuk kenduri. Tapi kalau sewa dewan kena consider pelbagai kos extra yang lain…
RM 2,000
Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja
hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering.
Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja. Kalau rewang kos akan jadi murah siki
kan?
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering
menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000
Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas.
Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka
“pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka? Ada yang saya
pergi takde bilik pengantin.. lagi-lagi kalau kendurinya di dewan.. jimat sikit
kan?
RM 1,500.
Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi
kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga
sebelah sana lagi. Saya banyak baca dari blog bride to be.. doo gift ni survey
dulu awal-awal.. then beli awal-awal.. supaya nanti tak payah nak fiki lagi
pasal door gift bila majlis hamper dekat.. lagi pun door ift nil ah banyak
makan duit sebenarnya…
RM 1000 - RM 3000.
Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu
merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit
makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi
bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau
tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan
anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah
minima.
Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan
asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah
belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 2000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,000 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,000 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 16,000
Dan, kos untuk kecemasan RM 2,000
ni kan belanjawan untuk pengantin bajet.. so, korang yang bajet banyak tu janganlah nak mengata ke hape ye..
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
RM33,000 (untuk sebelah pihak je
ni..kos ni mungkin tanggungan bersama atau sebelah pihak je.. mengikut budi
bicara pasangan masing-masing yer..)
Tips untuk
berjimat dalam majlis perkahwinan.
1. List kan
benda yang perlu beli.
2. Beli barang
secara pukal. Contoh kalau door gift nak bagi air kotak, beli lah secara pukal
@ borong. Beli di kedai borong atau pun di Mydin. Mydin kan jual secara
wholesale. Boleh jimat banyak di situ.
3. Untuk
beli barang hantaran, beli time sale. Sekurang-kurangnya dapat jugak discount
kan? Malaysia ni kan ada jualan mega sales, YES (Year End Sales). Time sale
macam ni beli lah barang yang berbaloi, contoh handbag, kemeja lelaki.
4. Di sebabkan
bajet kita yang sediakan dan duit dai poket kita kan? Jangan dengar-dengar
cakap orang sangat. Majlis kita, kita yang uruskan.
5. Kalau
memang bajet kita sikit, why not kita D.I.Y benda yang simple. Boleh jimatkan
sikit kat sesuatu tu.
Percayalah
yang anda boleh jimat banyak dalam majlis anda jika anda merancang sebaik
mungkin dan tidak tergopoh-gapah dalam
membeli barang.
16 ulasan:
wah...thanks...entry berguna nih bila dh tiba saatnya...heeee...
saya nak yang ala kadar jer.. boleh?.. koh koh koh..
by the subway Sungei Way, singgah sini nak berkenalan.. XD
klu kL mungkin kat area GM.. atau pun Chowkit.. cuba google blog bride2be..
Salam Cik Siti Hajar,
Saya ada tulis sikit mengenai tips-tips kahwin bajet di blog & buat mini-ebook percuma pasal kesilapan yang biasa bakal pengantin lakukan.
http://www.rahsiakahwin.com/laporanpercuma/
Boleh Cik Siti tolong reviewkan? :)
Terima kasih
Tip yg menarik dan amat berguna.. terima Kasih :) jika dah sampai Seru inysaallah dipermudahkan :)
Thanx cik..sblm bc blog ni sy x faham langsung sal majlis psndngn n budget2nye ni..bc je ni dah faham dah...alhamdulillah
tq..ske
mahallll nyorrr...byk lagi bole jimat ni..membazir ni
Kemunculan lokasi majlis terkini di Ulu Kelang - THE MZH2 (MZH Function Centre)
Kami menyediakan kemudahan sewa dewan dan juga auditorium di The MZH2, sesuai untuk pelbagai majlis.
DEWAN PERDANA SURIA (1300 pax)
DEWAN SINARAN (240 pax)
AUDITORIUM MZH (200 pax)
Kemudahan seperti sistem PA, pentas, skrin LCD, projektor, parking kereta, surau, kerusi dan meja disediakan.
Tel: +603 4107 8580
Email: info.mzhfunction@gmail.com
Website: www.mzhfunction.blogspot.com
terima kasih entry nie , sangat berguna :D
Saya pun rasa kos kat ats ni ade yg tak relevan..haha..kena fikir kos kehidupan selepas kahwin jugak..
alamak, 33k? baru sebelah pihak..xkawin la saya .. nice entry.
Wahhh. Besarny bajet.. Huhu..
Pehh 33k sebelah pihak je? Rse nye ape boleh cut kte cut..
maaf kenapa saya tgk post blog ni sama kebanyakkan post blog2 yang lain??
siapa yg meniru sbenarnya ni...
hmm boleh diambil tindakan undang2 jika ada copy paste dari blog lain tanpa kebenaran!
untuk semua reader...
artikel ni di ambil dari internet..
mungkin ada benar faktanya atau tidak...
jadi janganlah kecam saya yer....
Catat Ulasan