3.9.12

Bajet Perkahwinan Bagi Golongan Berpendapatan Sederhana


Post terbaru : Bajet Perkahwinan Bagi Golongan Berpendapatan Sederhana 2016

Saya tengok keyword kat nuffnang ramai yang cari info pasal bajet perkahwinan.. nampaknya ramai ni yang nak kahwin kan?? Saya belum lagi yer.. hihihi… doa-doakanlah..

Saya pernah menulis pasal ni.. pasal bajet perkahwinan untuk mereka yang berpendapatan sederhana...;p 

Itu saya copy paste.. sekarang ni jom ler kite renung dan tenung serta berfikir sejenak.. bajet yang sebenar-benarnya.. Sharing is caring.. even though I'm not marry yet but I'm always read others blog and listen from others experience.

Kos # 1 – Maskahwin
-      Kalau negeri Selangor RM300..
Ni senarai penuh untuk negeri2 lain




Kos # 2 - Duit Hantaran
Sekarang ni hantaran rata-rata yang saya dengar RM10,000 laa kan sekarang.. kalau nak iku level.. mau ramai lelaki bujang je.. nak kumpul duit sekarang ni kan agak payah sikit.. ada yang bagi separuh-separuh.. ada yang bagi sekaligus..


Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Barang kemas ni seelok-eloknya beli sikit-sikit.. kalau sekali semua pun boleh, tapi bagi yang tak mampu nak sediakan sekaligus kenalah beli sikit-sikit.. macam cincin tunang, tanya kat kedai tu.. macam kedai emas Wah Chan, mereka ada sediakan cincin tunang yang kos nya tak berapa mahal sangat.. dan kadang-kadang dapat free cincin belah roan.. boleh buat cincin merisik.. dah jimat kan?? Kena rajin tengok promosi kedai emas..  sediakan dalam RM1000.. kot2 dapat sekali beli gelang buat batal air sembahyang nanti.. kan..


Kos # 4 - Barang hantaran lain
Untuk barang hantaran, kalau nak jimat. Bagi semua time bertunang je.. bila menikah nanti, tak payah dah bawak hantaran.. senang kerja bakal pengantin.. nak kena fikir pasal hari besar ni bukan mudah kan? Jadi kalau benda boleh permudahkan, kita permudahkan lah.. Kos barang hantaran dalam lingkungan RM1000. Barang pulak jangan lah bagi kamera sejibik.. memang tak cukuplah bajet kang…

Kos # 5 - Baju nikah
Untuk baju nikah, jangan lah korang pergi beli kain kat jakel nun.. memang mahal lah kakak-kakak yer.. beli lah kat kedai kain biasa.. pergi tengok kat jalan TAR tu.. bersepah-sepah kedai kain.. kos dalam RM 800 siap jahit sekali .. selalu baju nikah ni orang buat yang simple.. tak sarat mana kan.. saya pernah baca dari blog b2b.. yang kalau nak tempah baju nikah kat tailor.. cakap baju raya.. kalau kita cakap baju nikah, dorang akan extra charge..

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ni sanding ni sewa je.. kita bukannya pakai lagi pun baju ni..setahu saya ada kedai yang ada promosi pakej..
Pelamin,Andaman,Baju pengantin dan juru gambar = RM3000 – RM4000
Pilih pakej yang mampu kita bayar dan tak rasa membazir..

Kos # 7 - Mekap
Kalau nak amik berasingan , MUA selalu chage RM500.. tak termasuk kos transport.. bagi yang memnag bajet kecik tu, amik je pakej sekali ye..

Kos # 8 - Set Pelamin
Pakej..

Kos # 9 - Jurugambar
Kalau nak ambil berasingan ataupun tak de pakej jurugambar, selalunya haga bemula dari RM1000.. yang ni kena runding betul-beul dengan juru gambar.. takut ada kos tersembunyi..

Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan
Kad jemputan ambil kos yang bawah RM1. Anda kena ingat yang kad jemputan ni hanya pening untuk menjemput dan juga peta ke rumah anda.. selepas itu kad akan dibuang. Jarang sekali ada yang menyimpan kad jemputan ni.. kan?  Kalau buat kad 500 keping bermakna jemputan anda adalah 1000 orang.. lagi banyak kad yang diedarkan.. lagi banyak jemputan yang akan datang.. anggaran dalam RM 500. Kalau buat teman yang rapat mungkin boleh jemput thru fb kan.. jimat kos.. tapi kena ade list name lah untuk jemputan fb.. supaya makanan yang disediakan mencukupi.. kang main jemput je.. haa.. makanan tak cukup mesti rasa ralat kan..

Description: http://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=0cb06544e8c06217464b4bfe52df2cfa&url=http%3A%2F%2Fasaffiliatecentral.com%2Faffiliate%2Fscripts%2Fimp.php%3Fa_aid%3Dsharoshah%26a_bid%3D43f4183e

Total RM17,000


Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Kalau sewa khemah pulak, janganlah nak yang grand.. lagi grand khemah lagi banyak duit keluar..

Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri. Tapi kalau sewa dewan kena consider pelbagai kos extra yang lain…
RM 2,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja. Kalau rewang kos akan jadi murah siki kan?

Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka? Ada yang saya pergi takde bilik pengantin.. lagi-lagi kalau kendurinya di dewan.. jimat sikit kan?
RM 1,500.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi. Saya banyak baca dari blog bride to be.. doo gift ni survey dulu awal-awal.. then beli awal-awal.. supaya nanti tak payah nak fiki lagi pasal door gift bila majlis hamper dekat.. lagi pun door ift nil ah banyak makan duit sebenarnya…
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 2000


Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,000 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)


Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 16,000

Dan, kos untuk kecemasan RM 2,000

ni kan belanjawan untuk pengantin bajet.. so, korang yang bajet banyak tu janganlah nak mengata ke hape ye..

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar  RM33,000 (untuk sebelah pihak je ni..kos ni mungkin tanggungan bersama atau sebelah pihak je.. mengikut budi bicara pasangan masing-masing yer..)

Tips untuk berjimat dalam majlis perkahwinan.

1.      List kan benda yang perlu beli.
2.      Beli barang secara pukal. Contoh kalau door gift nak bagi air kotak, beli lah secara pukal @ borong. Beli di kedai borong atau pun di Mydin. Mydin kan jual secara wholesale. Boleh jimat banyak di situ.
3.      Untuk beli barang hantaran, beli time sale. Sekurang-kurangnya dapat jugak discount kan? Malaysia ni kan ada jualan mega sales, YES (Year End Sales). Time sale macam ni beli lah barang yang berbaloi, contoh handbag, kemeja lelaki.
4.      Di sebabkan bajet kita yang sediakan dan duit dai poket kita kan? Jangan dengar-dengar cakap orang sangat. Majlis kita, kita yang uruskan.
5.      Kalau memang bajet kita sikit, why not kita D.I.Y benda yang simple. Boleh jimatkan sikit kat sesuatu tu.
Percayalah yang anda boleh jimat banyak dalam majlis anda jika anda merancang sebaik mungkin  dan tidak tergopoh-gapah dalam membeli barang.


16 ulasan:

Tengku Puteri berkata...

wah...thanks...entry berguna nih bila dh tiba saatnya...heeee...

Aujinz berkata...

saya nak yang ala kadar jer.. boleh?.. koh koh koh..

by the subway Sungei Way, singgah sini nak berkenalan.. XD

Cik Siti Hajar berkata...

klu kL mungkin kat area GM.. atau pun Chowkit.. cuba google blog bride2be..

Sabri berkata...

Salam Cik Siti Hajar,

Saya ada tulis sikit mengenai tips-tips kahwin bajet di blog & buat mini-ebook percuma pasal kesilapan yang biasa bakal pengantin lakukan.

http://www.rahsiakahwin.com/laporanpercuma/

Boleh Cik Siti tolong reviewkan? :)


Terima kasih

azeem berkata...

Tip yg menarik dan amat berguna.. terima Kasih :) jika dah sampai Seru inysaallah dipermudahkan :)

Tanpa Nama berkata...

Thanx cik..sblm bc blog ni sy x faham langsung sal majlis psndngn n budget2nye ni..bc je ni dah faham dah...alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

tq..ske

nk kawen esok lusa berkata...

mahallll nyorrr...byk lagi bole jimat ni..membazir ni

Unknown berkata...

Kemunculan lokasi majlis terkini di Ulu Kelang - THE MZH2 (MZH Function Centre)

Kami menyediakan kemudahan sewa dewan dan juga auditorium di The MZH2, sesuai untuk pelbagai majlis.

DEWAN PERDANA SURIA (1300 pax)
DEWAN SINARAN (240 pax)
AUDITORIUM MZH (200 pax)

Kemudahan seperti sistem PA, pentas, skrin LCD, projektor, parking kereta, surau, kerusi dan meja disediakan.

Tel: +603 4107 8580
Email: info.mzhfunction@gmail.com
Website: www.mzhfunction.blogspot.com

Unknown berkata...

terima kasih entry nie , sangat berguna :D

Tanpa Nama berkata...

Saya pun rasa kos kat ats ni ade yg tak relevan..haha..kena fikir kos kehidupan selepas kahwin jugak..

Unknown berkata...

alamak, 33k? baru sebelah pihak..xkawin la saya .. nice entry.

Mommy's blog berkata...

Wahhh. Besarny bajet.. Huhu..

Mohd Fahmi berkata...

Pehh 33k sebelah pihak je? Rse nye ape boleh cut kte cut..

Akmerrr berkata...

maaf kenapa saya tgk post blog ni sama kebanyakkan post blog2 yang lain??
siapa yg meniru sbenarnya ni...
hmm boleh diambil tindakan undang2 jika ada copy paste dari blog lain tanpa kebenaran!

Cik Siti Hajar berkata...

untuk semua reader...
artikel ni di ambil dari internet..
mungkin ada benar faktanya atau tidak...

jadi janganlah kecam saya yer....